Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Thursday, December 23, 2010

Dia Salihin 4


"Oh, okey."

Okey?Macam tu aje?Aku tak puas hati dengan jawapan yang diberikan Syazwi.

Hujan sudah berhenti.Aku masih lagi berdiri di bawah payung.Sementara Syazwi diam di dalam kereta.

“Sebenarnya saya dah lama suka dekat awak…,”aku berkata-kata.

Sekali-kala mataku menjeling ke arah muka Syazwi.

Dia hanya beriak tenang.Langsung tidak terkejut.

“Kalau boleh saya nak awak jadi boyfriend saya.Boleh?,”mungkin kedengaran macam main-main.

Tapi itulah sebahagian apa yang aku inginkan.

Macam mana Syazwi?Okey juga ke?

“Apa boyfriend?Kau buat apa dekat sini Sun?Pergi balik..,”suara Raqwan kedengaran.Dia menghampiri aku.Mengambil payung sebelum tolong melipatkannya.

“Nah.Balik!,”muka Raqwan serius.

Raqwan menghulurkan payung itu kepada aku.

Apasal Raqwan nie tak habis-habis nak menyibuk?Walaupun geram dengan Raqwan yang tiba-tiba aje muncul,aku segera bergerak ke arah kereta.Aku tengah tunggu Syazwi jawab pertanyaan aku.Yang Raqwan tu kenapa?Tak guna kau Raqwan!!

“Weh…relakslah.”suara Raqwan yang sedang berbicara dengan Syazwi kedengaran sayup sebelum aku menutup pintu kereta.

*********************************

Syazwi meraup muka.Ada air mata yang bergenang di matanya.

“Kau tahu kan?Aku suka Sumaiya…,”

“Aku tahu….tapi kau kena ingat Syazwi..Kau dah jadi tunangan orang.Lupakan Sumaiya.Itu lebih baik.,”

“Sumaiya macam nie.Perangai dia yang asyik ke hulu ke hilir depan aku,buat aku jadi susah untuk lupakan dia,”

“Humaira pilihan emak kau…aku yakin kau tak akan kecewakan emak kau kan?,”

“Aku sayang emak aku.Tapi aku pun dah jatuh sayang pada Sumaiya,”

“Aku tak ada banyak ilmu nak nasihatkan kau.Tapi aku tahu kau tahu apa yang perlu kau buat.Mengaji.Sembahyang.Aku yakin satu hari nanti kau akan lupakan dia,”

“Tolong aku Raqwan..,”

“Apa dia?,”

“Beritahu Sumaiya…jangan dekat dengan aku,”

“Kau rasa itu jalan penyelesaiannya?,”

Syazwi mengangguk.

Raqwan mengacau air kopi pekat sebelum menghirupnya.Perbualan dia dengan Syazwi tadi masih terngiang-ngiang di fikiran.

Kalau lah kau tahu hati sahabat aku Sun.Kalau lah kau tahu.

*******************************

“Apa dia Sun?Kau cakap dekat Syazwi yang kau suka dia?,”suara Alani kuat.Terkejut dan tidak percaya aku berani meluahkan perasaan aku pada Syazwi.

Aku mengangguk.

“Yeap…tapi aku geram betul kau tahu tak?Boleh pula Raqwan tu suruh aku balik,”aku menggetap bibir menahan geram.

Kalau Raqwan tu tak datang menganggu mungkin sekarang ni aku dah jadi girlfriend Syazwi.Siapa tahu kan?

Alani ketawa.

“Kagum betul aku dengan kau.Kalau aku jadi kau,sumpah aku tak akan buat macam tu.Buatnya Syazwi tolak cinta kau macam mana?Tak ke malu?,”Arena pula menyampuk.

“Syazwi tak kan buat macam tu la…aku tahu.Dia kan suka kat aku,”aku memeluk bantal golek dengan lebih kuat.

“Aku tahu Sayzwi suka dekat aku.Kau nie tak habis-habis.Kalau suka mana buktinya?,”Arena mengajuk suara aku sebelum dia mengemukakan soalan.

Aku pandang Alani sekilas.Alani masih menyelubungkan dirinya dengan selimut tebal.

“Buktinya ialah bila aku mengaku aku pancitkan kereta dia..dia tak marah,”aku bersuara sambil pejam mata.

“Hah?!Kau bagi tahu dia?,”Arena menjerit kuat.

“Kau nie kenapa weh?!Kita kan dah janji nak rahsiakan hal nie sampai mati?,”Alani bangun.Dia mencubit lenganku.

“Dah tiba-tiba aku rasa bersalah..nak buat macam mana?,”aku menggosok lengan yang terasa perit dek cubitan Alani.

“Jom,teman aku,” ujar aku seraya aku bangun dari pembaringan.

“Pergi mana?,”Alani dan Arena sama-sama angkat kening.

“Shopping…,”aku mengukirkan senyuman.

“Malas la…kan baru lepas hujan.Sejuk la….,”Alani kembali berselubung dengan selimut.

“Baru pukul 5.Takkan korang dah nak tidur?Aku tak kira!Korang kena teman aku!,”aku menarik tangan Alani dan Arena.

*************************

Aku cuba untuk menyaingi langkah Syazwi.

“So macam mana?Apa jawapan awak?,”

Syazwi sengaja melajukan langkah.

Entah dia dengar atau tidak apa yang aku tanyakan sebentar tadi.

“Jadi sebenarnya apa ciri-ciri isteri idaman awak?,”aku tak sangka soalan itu membuatkan Syazwi berhenti melangkah.

Dia menoleh ke arahku.

“Awak nak tahu?,”tanya lagi.

Kalau aku dah tanya tu memang la aku nak tahu.Apalah Syazwi nie.

Aku mengangguk beberapa kali.Tanda aku benar-benar ingin tahu.

“Hrmm..saya impikan seorang wanita yang solehah untuk dijadikan isteri,”

Dia tersenyum.Melihat Syazwi yang tiba-tiba tersenyum aku pun turut tersenyum.

“Saya macam mana?Ada ciri-ciri isteri idaman awak?,”aku tersengih.

“Adalah kot…sikit,”dia ketawa.

Tawa Syazwi kemudian tiba-tiba mati bila dia melihat susuk tubuh Raqwan yang sedang memerhatikan kami dari jauh.Dia berlalu meninggalkan aku.

Aku mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket seluar jean kepunyaanku.Alahai..lupa pula nak bagi hadiah dekat Syazwi.

Boleh dia pergi macam tu aje?Syazwi nie memang betul-betul misteri.

‘Adalah kot..sikit’..Tak tidur malam aku malam nie.Syazwi..boleh saya jadi isteri awak?Aku meninggalkan kafetaria dengan perasaan yang berbunga-bunga.

************************

“Sekali aje Sun…aku tak minta banyak..,”

Aku kembali merapatkan telefon bimbit ke telinga.Suara Raqwan kedengaran serius.Nasib baiklah Alani dan Arena masih belum balik. Kalau tak mesti diorang menyibuk nak dengar apa yang aku cakapkan di telefon.

“Apa dia?Aku tak faham la..kau cakap berbelit-belit,”sungguh aku tak faham.Sekali aje..apa?

“Jauhkan diri kau dari Syazwi,”

Aku terkedu.

“Kenapa aku mesti ikut cakap kau?Kau tahu kan aku suka Syazwi?,”aku menyuarakan rasa tidak puas hati.

Air mata sudah mula bertakung di tubir mata.Sedih sebenarnya.Aku dah lama pupuk perasaan ini.Dan sekarang nie Raqwan tiba-tiba suruh aku jauhkan diri aku dari Syazwi.Kenapa?

“Nasihat aku sebagai kawan kau.Jangan tanya apa-apa.Cuma tolonglah ikut cakap aku.Kau kawan aku.Syazwi pun kawan aku,”talian di sana diputuskan.

Raqwan oh Raqwan.Dulu dia macam tak kisah aku nak dekatkan diri dengan Syazwi.Tapi kenapa sekarang tak boleh?

Ada sesuatu ke pasal Syazwi yang aku tak tahu?

**************************

Aku dan Alani menyorok di balik bangunan.Syazwi..Syazwi…mana Syazwi?Oh..itu dia.Aku berjalan laju sambil memandang lantai.

Bukk!!

“Sorry Syazwi..sorry tak sengaja..,”buku-buku kepunyaanku terjatuh.Sengaja aku lempar sebenarnya.

“Oh…kau nak berlanggar dengan Syazwi la nie?,”suara Raqwan pula yang aku dengar.Aku pandang ke arah depan.Syazwi sudah jauh di hadapan.

Aku terdiam.Tak tahu nak jawab apa.Sebab tekaan Raqwan tu sememangnya benar.

Raqwan mendengus.

“Sun…sun..aku dah warning kau hari tu.Tapi kau nie degil…,”

Aku jadi takut tiba-tiba.Memanglah Raqwan dah warning aku hari tu.Dia nak aku jauhkan diri dari Syazwi.Aku pula buat dek aje dengan amaran Raqwan tu.Raqwan nak aku dengar cakap dia?Dia siapa?Kita tak rapat mana pun Raqwan.

“Bangun cepat..ikut aku,”Raqwan mengarah.Bunyinya sedikit tegas.

Sedikit teragak-agak aku bangun.Pada Alani aku beritahu aku ada hal yang perlu aku bincangkan dengan Raqwan.Aku suruh dia balik dulu.Alani sekadar tersenyum ayu sambil mengangguk.Konon mengizinkan.Aku tahu dekat hostel nanti mesti Alani akan paksa aku cerita dekat dia apa yang aku borak dengan Raqwan.

Huh.Alani.Aku kenal kau sejak sekolah tadika.

Aku dan Raqwan memesan minuman.Kami kembali ke meja di kafetaria dengan minuman masing-masing.

Aku pandang Raqwan.Tertunggu-tunggu bila dia nak bercakap.Raqwan pula pandang aku.Kami saling pandang memandang sebelum Raqwan tiba-tiba aje mengeluh.

“Sun..tak payah la.Cukup-cukup la.Lupakan Syazwi.Banyak lagi lelaki lain dalam dunia nie,”

Hari tu dia suruh aku jauhkan diri aku dari Syazwi.Sekarang Raqwan nak aku lupakan Syazwi?

“Kenapa kau cakap macam tu?,”

“Aku ada sebab aku sendiri..,”

“Apa?,”

“Aku tak boleh beritahu…,”

“Kenapa?,”

“Kau kawan aku.Aku tak nak kau sedih,”

“Habis tu kau nak aku marah kau?,”

Raqwan diam.Lama.

“Syazwi dah bertunang..pilihan keluarga,”

“Bila?,”

“Hari kau pancitkan tayar kereta dia..,”

************************

Syazwi dah bertunang?Pilihan keluarga dia?Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi.Novel Aa+Bb aku campakkan ke tepi.Kenapa kalau orang tu berkahwin dengan orang yang dipilih keluarga hidup mereka akan bahagia?Akhirnya masing-masing akan sama-sama jatuh cinta.

Aku membelek buku-buku di dalam almari Alani.Novel Tiada Yang Kedua karya Sania Yasmin itu pula aku bawa ke atas katil.

Lagi cerita kahwin paksa.Akhirnya happy ending…Diorang rupa-rupanya saling mencintai.Air mata aku makin lebat turun.Syazwi pun akan jadi macam tu juga kan?




“Kau kenapa?Apasal baca novel?,”Alani masuk ke dalam bilik.Mulutnya becok sahaja bertanya.Dia baru sahaja habis kelas.

“Kau rasa aku nie solehah?,”dengan air mata yang masih bersisa aku memandang Alani.

Alani serta merta ketawa.Siap tekan-tekan perut lagi.

“Ya?Kelakar kan?,”mukaku masam mencuka.

“Okey2..aku serius,”Alani mengambil tempat di sebelah aku.

“Susah tau nak jadi solehah.Kau tanya diri kau.Kalau pergi jalan-jalan,kau pakai skirt.Solehah ke kau?Kau free hair…solehah ke?,”

Aku diam.Cuba mendalami apa yang sedang Alani cuba untuk sampaikan.

“Perempuan yang solehah menutup aurat.Perempuan solehah jaga batasan pergaulan bila berbual dengan lelaki.Perempuan yang solehah ada rasa malu,”Alani menyambung.

“Sun…cukup ke sembahyang kau lima waktu?Sekarang tanya diri kau.Solehah ke macam tu?,”Alani menepuk bahu aku.

“Orang yang pakai tudung pun belum tentu solehah.Macam aku nie..belum tentu aku solehah..Eh..yang kau menangis nie kenapa?,”

Tangisan aku makin kuat.

*********************************

Aku pandang ke arah luar tingkap.Selamat Tinggal Malaysia.Perbualan telefon antara aku dengan mama masih terngiang-ngiang di dalam fikiranku.

“Ma…Sun tak nak belajar dekat sini…,”

“Lah.Kenapa Sun?Cuba cakap dengan mama?,”

“Ma...Sun nak belajar dekat lain.Kalau ma nak hantar Sun duduk dengan pak Su pun tak apa.Sun sanggup ma..,”aku benar-benar terdesak untuk meninggalkan universiti.Aku tidak mahu lagi hidup dibayangi Syazwi.

Syazwi dah bertunang.Untuk apa lagi aku mengejar dia?Malu sungguh jika selama ini Syazwi dalam diam sedang mentertawakan aku.Ketawakan tentang aku yang tak tahu malu mengejar dia yang dah berpunya.

Aku nekad dengan keputusanku ini.Aku akan tinggalkan Malaysia dan tinggal dengan Pak Su di Switzerland.

Alangkah bagus jika aku tidak perlu mengambil keputusan seumpama ini.Lagi bagus jika rupa-rupanya mama dalam diam telah mentunangkan aku dengan seseorang.Dan lagi bagus jika rupa-rupanya orang itu ialah Syazwi.Lagi bagus jika keluarga aku dan Syazwi dah lama berkawan baik.

Itulah.Hidup tak semudah tu kan?Aku tak perlu lagi memanjangkan angan-angan yang tak mungkin akan tercapai.

Syazwi?!Get lost!Aku boleh cari orang yang lebih baik dari kau!Serius!Kau tak hebat sangat.Rupa kau yang baru bangun tidur tu buruk betul.Aku dah lama nak cakap macam nie.Huh.

4 comments:

  1. best nye citer ni
    kan best kalo ape yang sun angankan tu betul
    nak tunggu next entry

    ReplyDelete
  2. cepat2, best la cite niiii.
    tak sabar nak tggu seterusnyee:DD

    ReplyDelete
  3. best gk kalo ap yg sun angankn tu btol..tp..pendek jela citer ni nti..nk lnjg2..hehe

    ReplyDelete
  4. aduyai..ciannye kt sun..

    ReplyDelete