Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Tuesday, December 21, 2010

Dia Salihin 3

“Syazwi…,”Raqwan bangun.Cuba untuk menenangkan Syazwi.

“Sudah!Sudah!Aku tak nak korang bergaduh sebab aku!,”aku pula bangun menyampuk.Bukan mereka tengah berebutkan aku?

Syazwi meraup muka.Dia menarik nafas sebelum tiba-tiba ketawa.Syazwi mengukirkan senyuman.

Dia duduk semula.Tangannya kembali ke atas kepala.Raqwan dan Syazwi saling bisik-membisik.Entah apa yang mereka borakkan.Aku ingin tahu.

“Ha..Sun?Duduk lah!Tercegat dekat situ buat apa?Nak mengelat?,”suara kak Zety kedengaran di gegendang telingaku.

Aku kembali duduk.

Pandanganku mataku bertembung dengan budak penipu tu.Apa pandang-pandang nie?Aku menunjukkan penumbuk.

Terasa puas bila dia tunduk memandang lantai.Maaf.Aku dah berpunya.

***********************

Pada sebelah petangnya,kami dikehendaki berkumpul di padang.Penat kena denda pagi tadi masih belum hilang dah kena bersukan.Minggu orientasi memang menyeksa aku.

Kumpulan kami sama macam semalam.Itulah benda yang paling aku nak dengar.Aku tersengih.

Aku mengambil tempat di sebelah Qardhatul.

“Nah…,”dia menghulurkan sebiji gula-gula Halls.

Aku menyambut.

“Siapa bagi?,”

“Syazwi…,”

Tiba-tiba sahaja gula-gula nie terasa sedap.Sungguh.Tak pernah aku makan gula-gula yang sedap macam nie.Syazwi suka dekat aku?Ohh..Apa maksud di sebalik gula-gula Halls nie yek?Hanya aku love lu seorang??

“Kenapa dia bagi?,”

“Entah.Mulut kau busuk kot…,”Qardhatul tersengih.

Aku menjeling.Qardhatul nie jarang buat lawak.Sekali dia buat lawak..memang menusuk jantung.Lawak yang sangat kejam.

“Mulut aku tak busuklah!!,”

Qardhatul ketawa.

“Tahu.Aku gurau aje..,”mulut Qardhatul sedang mengunyah sesuatu.

“Kau makan apa?,”aku bertanya.

“Gula-gula,”

“Gula-gula apa?,”

“Halls…,”

Aku pandang dengan muka tak puas hati.

“Tadi kau kata Syazwi bagi aku?,”

“Ye lah…dia bagi kau..aku…Raqwan,Yin,…,”

“Okey.Cukup-cukup…maksud kau dia bagi semua ahli kumpulan kita?,”aku menyampuk kata-kata Qardhatul.

Qardhatul menganguk.

Senyumanku hilang perlahan-lahan.

************************************

Aku hanya mendengar segala amanat yang disampaikan oleh Raqwan.Dia bertindak sebagai ketua dalam pasukan kami.Ketua yang tak bertauliah.Dia lantik diri sendiri kot.Semakin lama kenal dengan Raqwan..aku baru tahu bahawa dia seorang yang peramah.

Raqwan Cuma akan bercakap dengan orang yang dia kenal.

“Nak?,”Qardhatul menghulurkan sebiji lagi gula-gula Halls perisa Honey Lemon.

“Si Syazwi tu bagi?,”aku bertanya penuh syakwasangka.

Qardhatul tersenyum sambil mengangguk.

“Ambil lah…rezeki jangan ditolak…,”Qardhatul bersuara separuh memujuk.

Qardhatul kata dia tak selesa kawan dengan lelaki.Tapi sebab gula-gula Halls sanggup dia ketepikan prinsip dia tu?Dia nie memanglah.

Lambat-lambat aku mengambil huluran Qardhatul.Aku memandang Qardhatul yang sedang makan gula-gula Halls perisa blueberry.Ye kot blueberry.Sebab warna ungu.

****************************

“Kau ingat dia perasan ker?,”

“Perasan kot…,”suara Syazwi kedengaran.

“Aku rasa dia tak perasan la…,”Raqwan berkata yakin.

Aku yang sedang tunggu giliran untuk membawa bola pingpong di dalam sudu menoleh ke arah belakang.Kami sedang beratur memanjang.

Raqwan dan Syazwi terus diam.

“Korang cakap pasal aku?,”aku bertanya ingin tahu.

“Takde…si Syazwi nie minat budak perempuan tu…,”Raqwan memuncungkan mulut ke arah kumpulan sebelah.

Aku tak percaya.

“Tipu…,”

“Eh kau nie..betul lah…kau tengok tu.Yang ayu2 tu…,”

Aku pandang Syazwi.

“Betul?,”

Syazwi tidak memberikan sebarang reaksi.

“Apa pula tak betulnya.Syazwi nie suka Alani…,”Raqwan pula yang menjawab bagi pihak Syazwi.

Air liur aku terasa pahit.Aku kembali pusing ke arah depan.Syazwi suka Alani?I mean…Alani yang pakai tudung.Kawan aku?

“Jeles la tu…,”Raqwan tiba-tiba ketawa.

Aku pandang Raqwan tajam.

“Kau tipu aku?,”

Dia tersengih.

“Hoi!!Kau nak lari mana ha?Sini kau!,”aku mengejar Raqwan.

Syazwi menarik baju Raqwan.

“Apa main macam budak-budak nie?,”

“Woi!Lepas lah!Kau saja nak bagi dia tangkap aku kan?,”

Syazwi ketawa.

Aku menghampiri Raqwan.Telefon bimbitnya yang tercicir semasa berlari sebentar tadi sengaja aku tayang di hadapannya.

Aku pura-pura konon nak celupkan handset dia ke dalam baldi yang dipenuhi dengan air sabun.Baldi nie nanti kak Zety nak guna.

Raqwan dan Syazwi sama-sama pucat.

Tangan aku tiba-tiba licin.Handset tu jatuh dalam air.

“Sun!!!!Tu handset Syazwi!!,”Raqwan menjerit kuat.

*****************************

“Sorry la wei…aku tak sengaja..nanti aku ganti,”aku cuba untuk menutup rasa bersalah.Kalau aku tahu tu handset Syazwi tak adanya aku nak acah-acah macam tu.Kalau buah hati aku nie bersedih..aku pun akan turut rasa sedihnya.

“Tak..takpe. Hal kecik je…,”Syazwi menekan-nekan kekunci handphone.

“Itu lah kau Sun…siapa suruh mengada sangat.Nasib baiklah Syazwi ada banyak handset,”

“Dah…aku lah yang bersalah nie?,”

Raqwan mengangguk.

“Sun!!!Turn kau!Cepatlah!Kau nak suruh kumpulan kita kalah?,”Qardhatul memanggil kuat.

Aku berlari meninggalkan Syazwi dan Raqwan.

Akhirnya…seperti yang diduga,kumpulan kami kalah.Aku bergerak mendekati Qardhatul.

“Sedih ker?Rileks la sayang…,”aku mengusik Qardhatul yang mukanya masam mencuka.

“Sedih lah..kalau kau cepat tadi…mesti kumpulan kita boleh menang,”

“Ye…aku tahu aku salah….,”

“Nak?,”Qardhatul meletakkan sebiji gula-gula Halls di atas tangan aku.

“Kau nie tak habis-habis makan gula-gula,”

“Dah orang bagi…,”Qardhatul makan Halls berperisa blueberry.

“Aku nak rasa yang kau makan tu.Sedap tak?Kenapa asyik bagi aku yang perisa Honey lemon nie?,”

“Sedap…Bukan aku yang bagi kau.Syazwi suruh bagi kau perisa tu…,”

“Jadi…kau makan perisa blueberry?”Qardhatul angguk. “Yin?,”

“Blueberry…,”

“Raqwan?,”

“Blueberry….,”

“Ridhuan?,”

“Ya.. ya…semua orang makan perisa blueberry.Kau sorang aje Honey Lemon,”

“Kenapa?.”

“Mana aku tahu.Kau pergi tanya Syazwi…,”

Aku tersenyum meleret.Aku Honey Lemon.Orang lain blueberry.Boleh ke kalau aku jadikan nie sebagai bukti?Syazwi…kau suka aku kan?

********************************

Minggu orientasi dah lama berlalu.Dah lama aku tak nampak muka Syazwi.Kami masing-masing ambil jurusan yang berbeza.Syazwi ambil Syariah.Aku pula ambil seni reka fesyen.Sememangnya aku dah lama bercita-cita nak jadi pereka fesyen.Bukan nak memuji diri sendiri,tapi aku nie memang pandai menjahit.

Sebab jurusan yang berbeza tu lah,aku tak punya sebarang alasan untuk tercegat di hadapan Syazwi.Tapi boleh aje kan?

“Cepat lah Sun…karang dia habis kelas,”Alani mengesa aku.

Aku menoleh sebentar sebelum meneruskan kerja aku.Tangan aku makin bergerak pantas.

“Tapi betul ke nie kereta Syazwi?,”aku bangun sambil mengibas-ngibas tangan.Siap juga akhirnya.

“Rena yang beritahu aku.Rasanya betul dah kot.CAY 1234,”Alani segera menarik tangan aku.

Kami bergerak pantas meninggalkan tempat letak kereta.

Hujan pula menitik turun.Makin lama makin lebat.Aku dan Alani terpaksa berteduh di bangunan yang berhampiran.

“Eh..kelas Syazwi bukan dekat bangunan nie?,”Alani bertanya sedikit teragak-agak.

Aku telan air liur.

“Aku rasa macam tu juga.Cepat Lani…kau tolong tutup-tutup muka aku dengan tudung kau,”aku bersuara sedikit menggesa.

Alani menjauhkan diri.

“Tak nak aku.Nanti orang ingat apa pula,”

“Habis tu macam mana nie?Syazwi dah nak keluar…kalau dia nampak muka aku macam mana?,”

“Padan muka kau!,”Alani ketawa mengejek.

Dari jauh,suara pelajar-pelajar berbual makin kuat kedengaran.Aku dan Alani bergerak ke arah belakang bangunan.Aku menarik nafas lega bila Syazwi langsung tidak menyedari kehadiran aku.

Setelah benar-benar yakin Syazwi telah pergi ke keretanya,aku dan Alani meredah hujan lebat menuju ke kereta kami.

Kami datang dengan menaiki kereta yang berasingan.

“Sun!!!.Good Luck!!,”Alani sempat menjerit sebelum dia menghilang ke dalam kereta kancil miliknya yang bewarna merah.

Aku menghidupkan enjin kereta.Kereta kepunyaanku aku bawa keluar dari perkarangan universiti.

Sambil memandu,mataku liar memerhatikan sekeliling.Kalau ikutkan perancangan.Sekarang nie Syazwi patutnya tengah berhujan sambil minta pertolongan.Ye lah,salah satu tayar dia kan dah pancit.Siapa lagi yang buat kalau bukan aku?

Perasaan risau tiba-tiba menyelubungi diri aku.Jangan-jangan…Syazwi kemalangan?Harap dijauhkan amin…Dah la sekarang nie hujan lebat.Kalau Syazwi bawa kereta laju-laju macam mana?

Tak mungkin..Aku menggeleng kepala.Syazwi pemandu yang berhemah.Agaknya lah.Dia mesti bawa paling lebih pun 60 km sejam.

Jantung aku makin kuat berdebar bila melihat kereta Waja milik Syazwi tersadai di bahu jalan.Ah sudah…Aku jadi makin kalut.

Aku menghentikan kereta di belakang kereta Syazwi.Payung warna pink aku capai sebelum aku membuka pintu kereta untuk turun.

Aku mengetuk-ngetuk cermin kereta.Cermin kereta diturunkan.

“Kenapa nie?Kereta rosak?,”aku bertanya pura-pura risau.Kalau dah tersadai dekat tepi jalan memang rosak la cik Sun oii…tak kan lah si Syazwi nie tengah duk cari ilham pula.

“Er…tayar pancit,”Syazwi bersuara teragak-agak.

Aku tersenyum.Senyuman itu cepat-cepat aku matikan bila menyedari aku sekarang ini berdiri di hadapan Syazwi.

“Kenapa tak tukar?Nak saya tolong tukarkan untuk awak?,”

“Saya..saya tak ada tayar spare.Kalau tak dah lama saya tukar..,”

Kesian…kesian..Aku baru ingat nak jadi heroin.Sun tolong Syazwi tukarkan kereta dalam hujan.Memang romantik.

Dia memang bercakap begini dengan aku.Kalau tak tergagap-gagap memang tak sah.Takkan masih takutkan aku lagi?

“Nak tumpang kereta saya?,”aku bertanya.Ikhlas nie.Pertanyaan yang lahir dari hati yang mencintai seorang Syazwi.


“Tak..tak apa..terima kasih,”laju aje dia mengeleng.

“Saya tengah tunggu Raqwan,”dia menyambung.

Aku terangguk-angguk.Raqwan!Macam mana lah aku boleh lupa yang Syazwi nie ada sahabat baik yang bernama Raqwan.Raqwan mesti la nak tolong kawan dia yang sedang kesusahan nie.

“Saya yang pancitkan,”aku bersuara perlahan.

“Hah?,”Syazwi tak berapa dengar apa yang aku cakap.Bunyi hujan lebih kuat dari suara aku yang ala-ala perempuan melayu terakhir tu.

“Saya yang pancitkan tayar kereta awak!!,”kali nie aku bersuara kuat.

Nah!Pengakuan berani mati dari aku.Mana dia nak cari orang yang jujur macam aku dalam dunia nie?

Marah la.Marah la aku!Sila marah aku sekarang.

2 comments:

  1. waaaaa..best la citer ni..sweet sgt..hehe..cpt2 smbg ea..i'm alwys waiting..=)

    ReplyDelete
  2. g-ler cite ko ni!!kahkahakaaahhhh...

    sufi (",)

    ReplyDelete