“Alahai..comelnye…,”suara ketawa seseorang mencuri perhatianku.Aku menoleh ke arah belakang.Mata aku sempat menangkap wajah Syazwi yang tiba-tiba bertukar serius.
Dia yang gelakkan aku?Tak akan la kot..Aku mengeleng-geleng kepala.
“Rasanya kita kena lukis gambar baru,”Raqwan bersuara sedikit teragak-agak.Tak payahlah rasa bersalah.Aku tahu lukisan aku hodoh.Buruk.
“Aku dengar kau terror lukis.Kau lukis Syazwi..,”Ridhuan yang sedari tadi hanya berdiam diri memberi cadangan.
Semua mata tertumpu kea rah Syazwi.
“Ha?Oh..okey…,”dia pantas mengambil marker pen.Tak sampai lima minit.Seekor beruang yang aku kira cukup comel terpampang di atas kertas mahjung.Syazwi yang lukis.Mana tak comel.
Jam dah nak dekat pukul 3.00.Bila fikir-fikir balik.Aktiviti malam nie tak ada lah penting mana pun.Kak Zety nie tak boleh nak tunggu hari siang?Memang sengaja kacau waktu tidur aku.Aku meneguk air tin di tangan.
Setiap kumpulan sudah mula membuat pembentangan.Macam-macam rupa bentuk haiwan ada.Kumpulan Kucing paling ramai sekali.Harimau pun banyak juga.Ada kumpulan yang kata mereka lukis itik..tapi rupa macam burung.Heh.Bakat seni mereka pun lebih kurang aku.
Satu hakikat yang tak boleh nak sangkal.Lukisan kumpulan kitorang la yang paling cantik.Terima kasih Syazwi.Kau la pujaan hatiku.Aku membuka lukisan beruang yang dilukis oleh Syazwi sebentar tadi.Cantik.
Pap!Mata aku liar.Air tin aku tumpah!!Atas lukisan beruang??!!!
*************************************
Akhirnya..sampai la giliran kumpulan kami untuk membuat persembahan.Aku dan Qardhatul saling tolak-menolak.
Perempuan tu nampak aje ayu.Tapi sebab tak nak pegang mikrofon..sanggup dia tolak aku!Aku menghulurkan mikrofon pada Raqwan.Raqwan pula hulurkan pada Ridhuan.Ridhuan paskan pada Syazwi.Syazwi serahkan mikrofon tu pada Yin.Yin serahkan pula pada Nazrina.Laju aje tangan Nazrina bagi Qardhatul.Qardhatul pun…bagi dekat aku.
Aku pandang tak percaya.Wei!!Pehal korang nie?Kenapa penakut sangat.Tak ada self-confident langsung.Tui..
Lambat-lambat aku hulurkan semula pada Qardhatul.Kau bukan sama juga ker Sun?Penakut..Mana ada..aku tak takut.Ahem.Cuma dah lama aku tak cakap guna mikrofon.Tak biasa.
“Korang nie kenapa?!!Nie bukan game kotak beracun.Payah sangat nak cakap?!!,”suara jeritan itu mengejutkan aku.
Aku memandang atas lantai.Suasana dewan bertukar sunyi sepi.Kalau ada sebatang mancis jatuh.Comfirm bergema.Semua orang akan dengar.
“Abang kira sampai tiga…kalau tak ada siapa nak bentang..korang semua kena denda…,”suara abang senior yang entah apa nama tiba-tiba menyampuk.
“Satu…dua….,”
Perasaan aku makin berdebar.Kalau kena denda macam mana?Malu Sun…malu….Cepat.Tawarkan diri aje lah…
Kalau kena denda?Erm…kena denda sama-sama dengan Syazwi.Romantik juga.Kitorang berdua akan kena denda.Berenam sebenarnya.Budak lima ekor tu pun akan kena denda sekali.
“Tiga….,”masa tamat.Tak ada siapa nak menawarkan diri.Senyuman terbit di bibir aku.Jap lagi aku kena denda.Tak sabarnya…
“Saya bentang…,”erks?Syazwi?
*******************************************
Aku membuka lukisan itu lambat-lambat.Qardhatul pegang di penjuru sebelah kanan sementara aku di sebelah kiri.
Suasana dewan dipenuhi dengan gelak ketawa.
Kami terpaksa menggunakan lukisan beruang yang macam rupa katak aku tu.Sebab lukisan yang Syazwi lukis dah rosak.Kena air.Ya..aku yang buat.
“Itu apa benda tu?Katak?,”suara sumbang itu menyakitkan telinga aku.
“Ha?Yarp.Betul.Katak.Haiwan pilihan kumpulan kitorang,”Syazwi bersuara tenang.
“Kenapa mesti katak?,”kak Zety macam tak puas hati.
“Sebab katak tu melambangkan kumpulan kitorang…,”suasana dewan makin bingit.Adoyai Syazwi.Kau nie tak boleh harap la.
“Bagi kami semua..ahli kumpulan kami ibarat katak sebab katak walaupun dia kecil..hodoh dan banyak orang geli tapi dia tetap dapat melompat.Dia masih mampu melompat,bergerak menuju ke tempat yang dia nak.Begitu juga kitorang.Kitorang nak jadi macam katak.Melompat tinggi untuk mencapai cita-cita kitorang.Biar ada halangan dan cabaran…kami sanggup hadapi.Kami baru dekat sini.Kami sedar..banyak perkara yang kami perlu belajar.Kadang kala…kami sendiri tak dapat elak dari buat kesalahan.Pergerakan kami masih lagi perlahan.Masih bertatih.Tak mampu lagi berjalan dan bergerak sendiri.Kami masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar akak-akak dan abang-abang semua.Sebab tu kalau kami ada buat salah.Tolong tegur kami.Ajar kami ikut landasan yang betul,”
Setiap ulasan yang diutarakan ada nasihat dan makna yang begitu mendalam.Aku tergamam.Mata aku pula bercahaya.Oh..my hero.
“Kumpulan diorang tiru lukisan kitorang!!,”seorang lelaki tiba-tiba bangun.
Aku sedikit tersentak?Tiru?Apa tiru?Lukisan tu original.Asli dari imaginasi aku!Dia mengeluarkan sehelai kertas mahjung yang berlipat-lipat.
Dan….memang sama.
“Eh…tipu!!!Korang yang tiru!!!,”aku menjerit tak puas hati.
“Kumpulan korang tu menciplak!!,”lelaki tu membalas.Suaranya kuat.
“Apa masalah kumpulan korang nie?,”Syazwi pula bersuara.
“Aku sendiri nampak dia lukis…Siapa tiru siapa nie?,”wah…Syazwi backing aku.Teruskan.Teruskan.
“Dah…dah…kumpulan korang nie buat masalah pula ye?Lepas nie tunggu sini.Yang lain boleh balik hostel,”kak Zety mengarah.
*********************************************
Aku tersengguk-sengguk.Dah pukul 4.30 pagi.Semua orang dah balik asrama.Tinggal kumpulan kitorang dan kumpulan penipu tu.Dua-dua kumpulan kena denda.Tak adil betul.Patutnya kitorang dah boleh balik hostel.Abang dan akak-akak senior.Fasilitator kitorang hanya memerhati.Seronok la tu dapat denda orang.
Tangan aku masih di atas kepala.Kami dikehendaki duduk mencangkung sampai pukul 5.Azab betul.Kaki aku dah nak naik lenguh.Tangan tu toksah cakap la.
Kak Zety and the geng memang sengaja nak mendera kitorang.Nak buang air pun tak ada lah kena duduk mencangkung lama macam nie.
Mata Qardhatul merah menyala.Menangis!Biasala perempuan cengeng memang macam tu.Syazwi pula.Macam biasa.Tidur agaknya.Huargh…kenapa lah perangai kau macam tu Syazwi?Tension aku.
Tapi sumpah!Aku sakit hati betul dengan kumpulan katak kuning tu.Penat-penat aku lukis…dia cakap aku ciplak yang diorang.Tak pasal-pasal kitorang yang kena denda.
Kalau ikutkan hati…memang aku nak menjawab segala tuduhan diorang tu.Sebab semuanya palsu!Kitorang difitnah!
Tapi tu lah…mulut ketua kumpulan diorang tu macam bertih jagung.Payah betul aku nak patahkan setiap hujah-hujah dia.Siapa nama dia?Helmi?Rasyid?Urgh…whatever.
“Err..akak…,”
Aku masih tunduk merenung lantai.
Dengan air mata yang masih berjejer turun..Qardhatul menarik lengan baju aku.Tangannya menunjuk kea rah belakang.Kening aku sedikit terangkat.Ikutkan hati memang dah nak marah Qardhatul.Kau tak boleh biar aku sedih sorang-sorang?Menyibuk aje.Nasib baik lah aku nie penyabar orang nya.Aku toleh juga ke belakang.
“Kak?,”
Eh?Syazwi panggil aku?Kenapa kakak?Nak mengejek ke nie?Aku tahu lah penipuan aku dah terkantoi pagi tadi.Kot ye pun…jangan lah buat aku rasa macam dia tu adik aku.Kita sama umur kan?!!
“Nama siapa?,”
Mata aku terkebil-kebil.Aku tersenyum malu-malu.Nie sesi mengorat ke nie?Teruskan Syazwi.I rela.
“Sun…,”aku memberitahu ikhlas.
“Bukan Sumaiya ker?,”Ridhuan pula menyampuk.Aku pandang Ridhuan semacam.Sesi nie patut antara aku dengan Syazwi.Aje.Tak kan dah bertukar sesi mengorat beramai-ramai?
“Memang la..tu nama sebenar aku.Tapi aku tak suka!Ayu sangat…,”aku jawab lambat-lambat.
“Oh…kau tak suka nama tu sebab kau tak ayu macam nama tu?,”Raqwan menyampuk sambil ketawa mengejek.Eh?Setahu aku kau nie pemalu orangnya.Bukan korang semua nie pendiam plus penakut?Aku merengus geram.
Qardhatul dan Nazrina menyorok senyum.
Ketawa lah!!!Korang ingat aku tak nampak?
“Okey apa..Sumaiya..nama yang sempurna…,”
Sempurna?Oh..Syazwi.
“Eh..tolong la.Sakit mata aku nie tengok!,”budak lelaki yang menjadi punca kitorang kena denda tu tiba-tiba menyampuk.
“Siapa suruh tengok monyet?Eh…aku tak puas hati betul dengan kau nie.Apa masalah kau ha?Tiru lukisan aku.Tak malu betul!,”aku bersuara geram.
“Hei..kau yang tiru!,”dia masih lagi hendak menegakkan penipuan yang memang dah nyata tu.
“Dosa memfitnah lebih besar dari membunuh….,”Syazwi berkata-kata.Matanya memandang lantai.
“Mentang-mentang kau ambil syariah.Nak tunjuk lagak la dekat sini?Konon kuat agama,”Qardhatul kata budak yang menipu tu ambil law.Muka dia nampak marah.Macam tak puas hati dengan setiap baris kata yang keluar dari mulut Syazwi.
“Aku bukan nak berlagak.Cuma nak beritahu aje.Lagipun tu pengetahuan.Aku rasa semua orang tahu.Kau tak tahu ker?,”
Syazwi senyum.Tak tahu apa makna senyuman tu.Menyindir?
“Kau nak gaduh ker?Meh la…Ingat aku takut?!!!,”kali nie budak law tu nampak berang.Dia bangun.Segala apa yang disuruh oleh akak-akak dan abang-abang fasi tidak diikut.
Syazwi turut bangun.
“Aku yang patut marah dengan kau!!Cakap aje lah.Senang.Kalau kau suka sangat dekat Sumaiya.Cakap aje dengan dia.Tak payah nak babitkan kitorang,”Syazwi bersuara lantang.
“So what?Memang aku suka dia.Ada masalah?,”
Dum….
Kerusi plastik disepak oleh Syazwi dengan kuat.
Syazwi sepak?!Kerusi?!
syazwi ske sumaiya?? jeng..jeng..jeng..
ReplyDeletexfhm..spe yg ckp
ReplyDelete“Aku yang patut marah dengan kau!!Cakap aje lah.Senang.Kalau kau suka sangat dekat Sumaiya.Cakap aje dengan dia.Tak payah nak babitkan kitorang,”
syazwi ke bdk laki kump stua g tu?
hehe..cpt smbung ea..=)
anonymous;tu syazwi yg ckp ;)
ReplyDeleteo0o0o..then syazwi sepak kerusi?
ReplyDeletedia jeles la ni? huhu..
nice2..chaiyok2!! ;p