Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Monday, April 4, 2011

Dia Salihin 14

Aku masih berdiri di depan pintu kondominium.Nak tekan ke tak nak?Tekan aje lah.

Ting tong!

Pintu dibuka dari dalam.

“Nak apa?,”Fayyad bersuara dingin.

Lambat-lambat aku menghulurkan kad perkahwinan dari dalam beg tangan.Fayyad mengambil huluranku itu.

Dia menjelingku sekilas.

“I tak akan datang…,”dia berterus terang.

“I Cuma nak beritahu you yang tak lama lagi I akan kahwin,”aku pandang Fayyad.

“Hrmm..,”Fayyad berpaling.Ingin kembali menutup pintu.

“Fayyad….I minta maaf..,”aku meluahkan rasa serba salah yang terbuku di hati aku.Aku langsung tidak membalas panggilan dan mesej daripada Fayyad.Aku juga menukar nombor telefon.Lepas sebulan aku memutuskan hubungan kami..baru sekarang aku punya keberanian untuk bersemuka dengan Fayyad.Fayyad..dia baik.

“I harap you doakan kebahagiaan I dengan Syazwi…,”aku menyambung.

Fayyad senyum.

“Sun.You nie memang kejam kan?You yang tinggalkan I.Sekarang you nak I doakan kebahagiaan you dengan Syazwi?,”

Aku diam.Mengaku bahawa permintaan aku memang melampau.

“Tahniah.Moga bahagia.,”itu ayat terakhir yang keluar dari mulut Fayyad sebelum dia menutup pintu.

Fayyad dah pun tahu..siapa orang yang aku suka.Dengan siapa aku akan berkahwin.Keylene pernah beritahu dia sebelum ini.

Aku datang nie pun Cuma nak minta maaf pada Fayyad.Mungkin ini pengakhiran yang terbaik antara kami.Aku dah banyak buat salah pada dia.

******************************

Aku memang tak sangka yang aku akan berkahwin dengan Syazwi.Macam bermimpi.Tak sia-sia aku suka dia selama ini.

Majlis perkahwinan kami dah pun berlalu.Sederhana tapi meriah.Rasanya semua kawan-kawan aku datang.Fayyad aje yang tak datang.

Dalam banyak-banyak tempat yang ada dekat Malaysia nie.Aku tertanya-tanya juga..kenapa lah Syazwi bawa aku ke sini.

Tengah hutan belantara nie.

“Awak pasti ke nak bermalam dekat sini?,”aku pandang kiri kanan.Nak turun dari kereta pun dah seriau semacam.Syazwi dah keluar kereta.

Syazwi pun satu…ada ke bawa isteri pergi honeymoon dekat Air Terjun Sekayu.

Aku menggagahkan diri turun dari kereta.Tubuh aku menghampiri Syazwi yang sedang mengeluarkan beg dari bonet kereta.

“Segar kan tempat nie?,”dia senyum.

“Hurm..boleh lah…,”

Aku pandang sekeliling.Sini memang hutan.Itu kesimpulan yang aku dapat buat.Dari tempat aku berdiri,telinga aku sempat menangkap bunyi deruan air terjun.

Aku menghampiri anak-anak tangga.Kalau aku panjat tangga nie agak-agak sampai ke mana ye?Dekat atas tu ada apa?Bukit?

“Maiya!!Buat apa lagi tu?Dah maghrib nie..,”

Aku pusing belakang.Syazwi dah jauh meninggalkan aku.Dia tengah menanggalkan kasut.Bersiap sedia untuk masuk ke dalam chalet.

“Saya nak pergi lah nie!!,”aku menjerit.Mempercepatkan langkah menuju ke arah chalet.Sebenarnya dekat sini ada banyak chalet.Chalet yang dekat bahagian bawah semua dah penuh.Tinggal chalet dekat bahagian atas nie lah yang kosong.

Chalet nie merupakan satu-satunya chalet yang letaknya di atas bukit.Sewa dekat sini pun murah.Dekat tengah hutan kan.Tak sampai RM100.

Tak sampai RM100?Patutlah Syazwi bawa aku datang hutan.Nak jimat bajet la tu.Huh.

Aku menanggalkan tudung sebelum merebahkan diri di atas katil.Chalet nie besar.Ada banyak bilik.

“Apa buang merata nie?,”Syazwi membantu aku menyangkutkan tudung ke atas kerusi.

Aku tersengih.Aku mula pakai tudung bila aku dengan Syazwi sah jadi suami isteri.Syazwi pun memang nak aku pakai tudung.

“Bukan buang la.Terjatuh….Tangan saya licin,”

“Ye ke?Terjatuh ke memang sengaja lempar atas lantai,”Syazwi ikut duduk di atas katil.

“Maiya…,”dia panggil aku.

“Kenapa?,”aku pandang Syazwi sekilas.

“Tak akan panggil saya awak lagi kot?,”dia senyum.

“Awak nak panggil saya apa?,”aku sengaja bertanya.Nak tahu juga apa yang ada dalam kepala Syazwi.

“Honeylemon?,”

Aku senyum.Sampai tersengih-sengih.Honeylemon?Gula-gula halls?Okey.Sweet.

“Okey.Awak panggil saya honeylemon.Saya panggil awak…Syaz?,”aku pula berkata-kata.

Syazwi menggeleng.

“Ada pula Syaz.Yang lain,”Syazwi tidak bersetuju.

“Wiwi?,”

“Macam panggil kartun aje…,”

“Tu nama manja lah…,”

“Tak nak…,”

“Salih?,”

“Tak sedap…,”

“Hin?,”

“Saya bukan orang cina,”

“Hah!Saya tahu…,”

“Apa dia?,”

“Habibi?,”

Syazwi dah tersenyum.

“Panjang sangat..pendekkan,”itu pula jawapan dia.

Lah..Aku ingatkan dia suka.Habibi bukan ke maksud dia kekasih?Itu apa yang Alani pernah beritahu aku.Masa tu kami tengah tengok cerita P.Ramlee.Tajuk dia..entah lah.Aku pun dah lupa.Alani yang beria-ia terangkan dekat aku maksud habibi tu.Aku pun dengar aje lah.Tak sangka sampai sekarang aku ingat maksud habibi.

“Bi?,”

“Yang tu best.Sejuk sikit telinga abang dengar,”Syazwi ketawa.

“Wiwi?,”aku terasa nak mengusik.

“Itu memanaskan telinga…,”Syazwi jeling aku semacam.Jeling marah ke jeling menggoda?Aku pun dah confuse.

“Jom..teman Maiya…,”aku cuba untuk tidak menggunakan gelaran saya awak.Memang rasa pelik semacam aje.

“Ho..honey..honeylemon nak pergi mana?,”Syazwi tanya aku.Ayat depan tu terketar-ketar sikit.

Aku ketawa di situ juga.Syazwi pun ikut ketawa.

“Serius nie.Abang tanya.Nak pergi mana?,”

“Nak pergi tandas.Ambil air sembahyang.Tandas dekat bawah kan?,”chalet nie dua tingkat.

Syazwi mengangguk.

“Jom bi…,”aku ajak Syazwi.

“Abang dah ambil air sembahyang dah tadi,”

“Teman lah…,”

“Bukak aje lampu…,”

“Bi duduk dekat tangga,”

“Takut ke?.”

“Tak…,”aku tinggalkan Syazwi.Takut?Sejak bila Sumaiya nie jadi penakut?Aku nie berani orangnya.

Aku turun tangga yang diperbuat dari kayu.Urgh.Seram.Dah la chalet nie kayu.Aku mencari-cari suis dapur.Jumpa pun!Semua suis aku tekan.Dapur jadi terang benderang.Tandas pun dah cerah.Tak macam tadi.Gelap.

Aku senyum.Masuk ke dalam tandas sebelum mengunci pintu.Aku segera mengambil air sembahyang.Takut bila duduk sorang-sorang dekat tingkat bawah nie.

Tap!

Lampu tandas tertutup tiba-tiba.

Blackout?

“Bi!!!!!!,”aku jerit kuat.Rasa macam nak menangis.

Suara Syazwi ketawa begitu jelas di pendengaran aku.

Tap!

Lampu dibuka kembali.

Aku mengetap gigi.Jahat punya suami.Aku mengambil air sembahyang semula.Bila dah siap,aku cepat-cepat keluar.

Syazwi tengah duduk di atas tangga.Dia melambai aku sambil tersenyum.Memang sah dia yang tutup lampu tandas tadi.Suis lampu kan dekat dengan tangga.

“Dah siap?,”

“Dah…,”aku jawap malas.

“Bunyi macam marah aje…,”

“Mana ada…,”dalam hati masih ada rasa geram.

“Ala honeylemon.Sorry okey…abang tak tahu pula yang tu suis lampu tandas.Abang ingatkan tu suis garaj…,”Syazwi sengih.

Memang dia tipu.Sejak bila garaj dekat depan tu ada lampu?Tadi masa nak masuk chalet aku tak nampak pun.

“Ye lah…maaf diterima…,”aku senyum juga.Tak nak lah gaduh-gaduh.Hari pertama honeymoon kan?Masa masih panjang.Tengok lah nanti.Kalau ada rezeki…aku akan balas.Aku sengih sambil pandang Syazwi.Ini kan Sumaiya.

“Kita sembahyang maghrib dulu…pukul 9 nanti abang nak bawak honeylemon abang nie pergi belakang”

“Pergi belakang??,”aku jadi teruja.Dekat dalam hutan nie ada tempat menarik ke?

“Mandi…dekat belakang kan ada air terjun,”

Aku dah ternganga.Buang tabiat sungguh laki aku nie.Pukul 9 malam nak mandi air terjun.Tak sejuk ke?

****************************

Aku menutup kepala dengan tuala.Dah pukul 9 malam.Suasana dah gelap gelita.Aku pegang lampu suluh kuat-kuat.

“La…bawak lampu suluh buat apa?Bukan jauh pun.Dekat aje…,”

“Tak apa lah..nak tengok permandangan,”permandangan apa?Hantu?Aku takut sebenarnya.Serius aku tak suka jalan dalam gelap.

Syazwi ketawa kecil.Menarik tangan aku ke arah batu besar yang terdapat di situ.Makin lama deruan air makin kuat kedengaran.

“Honey duduk sini kejap…abang nak pergi buat unggun api,”Syazwi tinggalkan aku di situ.Aku menghalakan lampu suluh ke arah Syazwi.

Dia tak mengambil masa yang lama untuk menghidupkan unggun api.Macam dah biasa.Aku kembali menghalakan lampu ke dalam air.Lambat-lambat aku merendamkan kaki.

Pergh.Sejuk nie…aku keluarkan semula kaki.Syazwi dah tanggalkan baju.Cuma pakai singlet dan short bawah lutut..

Burrr!!

Dia terjun ke dalam air.

“Jom....best tau air dia.Se….sejuk….,”Syazwi berkata-kata.Tengok rupa dia yang dah menggeletar aku rasa memang air tu sejuk.Bukan rasa dah.Memang sejuk.

Unggun api yang dihidupkan Syazwi memang betul-betul membantu menerangkan suasana persekitaran yang agak gelap.Aku dah tutup lampu suluh.

Aku dapat lihat muka Syazwi.Memang lah tak berapa nak jelas.

“Hei!!!,”aku menjerit bila tiba-tiba badan aku ditarik masuk ke dalam air.Aku pejam mata.Tangan aku menggapai-gapai.

“Tolong!!!!!,”kali ini jeritanku agak kuat.Ini ke takdir hidup aku?Aku akan mati di air terjun Sekayu?Aku akan mati lemas.

“Honey….honey buat apa?,”suara Syazwi pula yang aku dengar.

“Air nie tak dalam lah.Paras pinggang aje…,”Syazwi ketawa kecil.Syazwi menarik tangan aku untuk bangun.

Aku buka mata.Mata aku sempat menangkap wajah Syazwi yang tengah tersengih.Aku merasa dasar sungai dengan kaki.

Aku jatuh terduduk tadi.Patut lah pun.Aku berdehem.Tak pasal-pasal malu sendiri.

p/s: ye...writer tau cite ni gedik..terima kasih buat yang sudi membaca.cite ni akan tamat pada episode 15.

9 comments: