Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Thursday, February 10, 2011

Dia Salihin 10



Aku mengekori Syazwi dan Fayyad.Pintu kondo milik Syazwi aku tolong buka.Aku hanya menanti di luar bila Syazwi masuk ke dalam kondo bersama-sama dengan Fayyad.

“Jadi?Awak dengan Fayyad tu sebenarnya apa?,”Syazwi melontarkan soalan tatkala dia keluar untuk menemuiku.

“Apa..apa?Kitorang kawan..,”titik.Noktah.Aku tak perlu nak jelaskan hal yang sebenar.

“Hrm..okey,”Syazwi terangguk-angguk.Bunyi macam dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan.

Tapi iyelah..tak akan dia nak cekik-cekik leher aku suruh beritahu dia hal sebenar kot.Syazwi tak akan buat macam tu.Aku tahu.

Melihat Syazwi yang sedang melangkah hendak masuk ke dalam rumah.Aku berkira-kira hendak menahan.Mulakan rancangan kau Sun.Rancangan untuk menambat hati Syazwi.Kau kan nak kahwin dengan dia.Kena tarik tangan dia ke?Huish.Tak boleh.Buatnya dia benci kat aku.

“Syazwi….,”

Syazwi toleh ke belakang.

“Saya masih lagi suka pada awak….,”aku berkata jujur.Tulus dari hati.

Dia kembali memandang ke arah hadapan.

“Awak memang macam nie kan?Selalu buat saya macam nie..,”aku mengetap bibir..Air mata turut mengalir seiring dengan bait-bait kata yang meluncur keluar dari mulutku.Entah kenapa…aku rasa sedih.Dia langsung tak pernah bagi hint yang dia suka dekat aku.Kalau suka sila cakap suka.Kalau benci…sila cakap benci.Marah lah aku.Aku boleh undur diri.

Pintu kondominium ditutup rapat.

Aku mengesat air mata.Azam aku makin kuat.Fine!Kau jual mahal dengan aku?!Kita tengok sampai mana kau boleh tahan dengan aku.Satu hari nanti…kau akan cakap juga pada aku..yang kau suka dekat aku.Bilalah agaknya?

*******************************************

Syazwi menyandarkan diri di depan pintu.

Sumaiya?Kenapa sampai sekarang aku tak boleh nak lupakan kau?Kenapa bila berhadapan dengan kau jantung aku berdegup macam nak pecah?

Kenapa bila berborak dan bersembang dengan kau aku akan tergagap-gagap macam kanak-kanak yang baru belajar bercakap?

Syazwi…kau suka perempuan yang pakai tudung.Bukan Sumaiya yang rambutnya warna kuning.

Kau suka pada perempuan yang tahu adap sopan.Perempuan yang tahu menjaga batas-batas pergaulan bila bergaul dengan lelaki.Bukan pada Sumaiya yang kononnya hanya berkawan dengan Fayyad.Sumaiya yang langsung tak ada rasa bersalah bila berkunjung ke rumah Fayyad.Langsung tidak rasa takut bila berdua-duaan dengan anak muda itu.

“Takut ke duduk kondo sorang-sorang?,”dia tanya Fayyad,jiran baru.

“Tak ada lah takut sangat…tapi kau tak kisah kan kalau aku tumpang tidur rumah kau?”

“Aku okey aje…,”

“Kau tak ada isteri?,”

Tanya pasal isteri buat apa?Fayyad nie memanglah.Ada nampak gambar kahwin dia dalam rumah nie?

“Tak ada….aku masih lagi mencari.Kau pula?Dah ada girlfriend?,”

Fayyad senyum panjang.

“Ada…cantik.Kalau kau jumpa dia mesti kau jatuh hati pada dia.Tapi aku nak warning kau awal-awal lah ye..dia aku punya,”

Syazwi ketawa.Budak zaman sekarang.Macam lah tak boleh hidup tanpa makwe.Alangkah elok jika hubungan yang dijalinkan itu sah.Sesungguhnya pernikahan itu adalah jalan yang paling baik.

“Siapa nama dia?,”

“Sun…Sumaiya….,”

“Argh…,”Syazwi meramas rambut.Kenapa mesti tipu?

‘Kitorang kawan’??

Kalau kawan…Fayyad tak akan cerita macam tu.Maiya…kenapa kau buat aku macam nie?

Tangannya memegang dada yang terasa sakit.

***********************************

Aku sibuk membelek baju-baju yang tergantung di sebuah butik.Keylene dan pekerja-pekerja aku mungkin sekarang nie tengah sibuk menjahit di butik.

Sejak pertunjukan fesyen semalam,tempahan yang kami terima makin banyak.Aku selaku boss hanya melihat.Mereka hanya perlu mengikut rekaan yang aku dah buat.Menjahit-jahit tu semua bukan kerja aku sangat.

Jadi daripada tengok diorang sibuk membuat kerja di butik.Ada baiknya aku shopping.

Mataku sempat menangkap kelibat seseorang sedang memilih-milih pakaian.

Wah..menarik nie.Raqwan?Apa dia buat dekat sini.Tak pergi kerja ke?Aku mendekati Raqwan yang sedang berdiri dengan seorang perempuan bertudung.Manis.Comel aje.Kawan dia?Girlfriend kot?

“Hye sahabat…,”aku menghampiri mereka.

Raqwan senyum pandang aku.

“Kau sihat tak?Bukan sakit kepala?,”

Macam mana dia boleh tahu aku pening kepala?Mesti dia sempat berborak dengan Syazwi dekat telefon masa lunch semalam.

“Nie siapa?Makwe?Tak nak kenalkan dekat aku?,”aku langsung tidak mempedulikan soalan Raqwan.Lebih berminat untuk mengetahui gerangan perempuan di sebelah Raqwan.

Raqwan ketawa tatkala dia mendengar soalanku itu.

“Nie adik Syazwi..Syamera,”

“Oh…adik Syazwi.Kau kenapa keluar dengan dia?Syazwi tak marah?,”

Aku bersalam dengan Syamera sebelum menarik dia ke dalam pelukan aku.Kepala dia aku gosok.Oh adik iparku…

“Syazwi tengah parking kereta,”

Aku meleraikan pelukan.Berbalas-balas senyum dengan Syamera yang katanya baru berumur 17 tahun.

Syazwi ada dekat sini?Bagus-bagus.

“Aku nak join boleh?Aku pun tak ada kerja nak buat nie…,”pertanyaan itu aku tujukan pada Raqwan.

“Tak boleh.Nak buat apa kau join kitorang?Menyibuk aje,”

Aku memandang Syamera dengan pandangan mata yang penuh mengharap.Raqwan tu memang.Kejam.

“Eh..kau tak pergi kerja ke?,”aku kembali pandang Raqwan.

“Aku ambil MC hari nie.Demam sikit…,”Raqwan pula balas.Patutlah muka dia nampak pucat sikit.Tapi aku pelik betul dengan Raqwan nie,demam-demam pun boleh lagi pergi shopping.

“Syazwi MC juga?,”

“Tak….dia masuk kerja tengahari….,”

Aku mengeluarkan handphone daripada handbag.Masa nie lah dia nak berbunyi.

“Hello..ya Keylene?Tak jumpa cari kain?Kan ada dekat situ.Carilah elok-elok sikit.Hrm…ya lah.I datang sekarang,”

Aku pandang Raqwan dan Syamera secara bergilir-gilir.

“Kak Sumaiya ada hal la Mera.Baru ingat nak shopping dengan Mera…,”

Syamera senyum.

“Tak apa kak.Lain kali kalau kita jumpa lagi boleh shopping sama-sama,”

Aku jadi terharu mendengar jawapan Syamera itu.Ohh…adik iparku.Aku menjeling Raqwan yang sedang mentertawakan aku sekilas sebelum berlalu pergi.Tahulah aku terlepas peluang nak shopping dengan Syazwi.Tak perlu gelak lebih-lebih.

Keylene nie..kain pun tak reti nak cari.Aku mempercepatkan langkah.

***************************************

Aku masih lagi menatap perempuan yang bertudung litup di hadapanku.Dia masih dengan kerjanya.Memang sengaja buat-buat tidak sedar akan kehadiran aku yang sedari tadi berdiri di hadapannya.

“Hei…,”aku mengetuk-ngetuk meja kaunter.

Dia mengangkat muka.Menjeling skirt pendek yang aku pakai sebelum kembali menulis sesuatu di atas kertas.

“Nak apa lagi?,”dia bertanya malas.

“Syazwi ada?,”aku bertanya ingin tahu.Mana tahu Syazwi masih belum masuk pejabat.Pagi tadi kan dia pergi shopping.Dah tengahari…Raqwan kata Syazwi masuk kerja tengahari.

“Entah…tengok la sendiri…,”

Hish.Kalau kau pekerja aku memang dah lama kena pecat.Aku menghentak kaki sebelum masuk ke dalam bilik Syazwi.

Syazwi sedang duduk di kerusinya.Tengah buat kerja.

“Assalamualaikum…,”tu ayat nak menyindir la tu.

“Waalaikummussalam….,”aku menjawab perlahan sebelum duduk di atas kerusi kosong di hadapannya.Syazwi kembali membelek kertas yang memenuhi mejanya.

“Ada apa-apa masalah?Nak bercerai?,”

Lawak zaman apa nie?Aku yang belum pernah kahwin dia tanya soalan macam tu.Kalau tak ada tujuan kenapa?Tak boleh datang jumpa dia?

“Kenapa ya perempuan yang dekat kaunter depan tu kurang ajar sangat?,”aku mula mengadu.Tak ada benda yang hendak dicakap sebenarnya.Terpaksalah jadikan perempuan yang entah siapa namanya tu sebagai modal perbualan.

“Perempuan yang dekat depan?,”

“Ala….yang pakai tudung tu…,”

“Oh….Fatima.Kurang ajar ke?Saya tengok okey aje…,”

“Dengan awak memang okey.Dengan saya nie..,”aku menopang dagu.Memerhati Syazwi yang sedang leka menghabiskan kerjanya.

“Mana awak tahu dia kurang ajar?Cuba la kawan dengan dia dulu.Tak baik berburuk sangka..,”ayat yang berbaur nasihat itu keluar dari mulut Syazwi.

Yea..yea…aku?Kawan dengan perempuan tu?Please….Sekali dia layan aku macam tu..Aku pun tak hingin nak layan dia elok-elok.

“Awak tak pergi makan tengahari?,”aku menjeling jam berbentuk petak di dinding.Dah sampai waktu makan tengahari.

“Saya banyak kerja sebenarnya.Rasanya tak kot..,”Syazwi langsung tak pandang aku.

Hari nie aku tak suruh Keylene menyediakan lauk atau nasi.Aku datang ke sini hanya untuk menayangkan muka aku yang lawa nie pada Syazwi.

Aku bangun.Mencapai blazer yang elok tergantung sebelum memakainya.Aku kembali duduk di depan Syazwi.

“Bilik nie sejuk kan?Blazer nie sesuai dengan saya,”

“Hrm..,”

Syazwi memandangku sekilas sebelum tangannya kembali menyambung kerja.Sungguh bosan bercakap dengan dia nie.Tak belajar ke macam mana cara-cara bila bercakap dengan orang?Kena pandang mata.Tepat pada mata.Itu akan menunjukkan bahawa kita ambil berat apa yang sedang kawan kita tu bicarakan.Apalah Syazwi nie.Takut jatuh cinta dengan aku ke?

“Awak tak lapar ke?,”aku hilang mood untuk bercakap.Sebab Syazwi nie bukannya melayan sangat.Tapi sebab perut aku berkeroncong minta diisi,aku ringankan juga mulut untuk bertanya.

Aku tak boleh cepat menyerah kalah.Aku mesti buat Syazwi jatuh cinta pada aku.Mesti!

“Tak…,”

“Ciri-ciri isteri idaman awak ada pada saya tak??,”apa nie Sun?Tiba-tiba tanya dia soalan macam tu?

Syazwi sekadar tersenyum.

Tak boleh nak jawab?Dulu.. “Adalah kot..sikit.,”

Sekarang dah tak ada langsung?Aku bergerak menuju ke arah sofa.Menyandarkan diri ke atas sofa yang empuk.

Mataku sempat menjeling ke arah Syazwi.Dia nie tak ada rasa bersalah langsung?Tak akan tak rasa kesian bila ada perempuan sanggup berlapar sebab nak keluar makan dengan dia?

Gentleman la sikit.

Tunjukkan pada aku yang sebenarnya dari dulu kau suka dekat aku.Cuma kau aje yang malu dengan perangai aku yang tak tahu malu nie.

Mataku terasa berat.Aku menguap beberapa kali.Sedar-sedar sahaja Syazwi dah tak ada dalam bilik.Aku tertidur rupanya.Aku membetulkan rambut.Mana tahu bertukar serabai bila tidur.

Di depanku pula ada satu tin milo dengan satu polistren makanan.Syazwi yang letak?Senyuman manis terukir di bibir.

Perihatin juga dia pada aku.Rasanya tak lama lagi aku akan dapat lihat dia cakap..

‘saya suka awak Sumaiya’


Betul-betul depan mata aku.

Aku membimbit plastik yang berisi polisten makanan dan tin milo berkenaan ke luar.Blazer milik Syazwi aku tinggalkan di atas mejanya.Fatima yang bertudung litup itu aku hampiri.

“Syazwi pergi mana?,”

“Court.Dia ada kes nak kena settle..,”

Elok pula dia menjawab.

“Baru bangun tidur ke?.”

“Ha?,”pelik sungguh.Macam mana dia tahu aku tidur?

“Ada air lius basi dekat tepi mulut,”dia tersenyum mengejek.

Kau memang nak cari gaduh dengan aku kan Fatima?Aku menekup mulut.Pandang dia dengan pandangan tajam.

“Tandas dekat mana?,”

“Hujung sana.Straight.Lepas tu belok kiri…,”

Aku berjalan laju hendak ke tandas.

“Nak saya temankan?,”suara Fatima yang galak ketawa itu menyakitkan hati aku.

*********************************

Aku kembali ke Sunny Boutique.Rupa-rupanya dah pukul 2 petang.Lama pula aku tidur.Aku ingatkan dalam 10 minit aje.Patut la air liur basi pun sampai meleleh-leleh.

+TAHU TAK?

Mesej dari Alani.

-APA?

+RAQWAN KENA PINDAH TEMPAT KERJA

-YE?DEKAT MANA?

+SABAH..

Payah la kalau Raqwan tak ada dekat sini.Dengan siapa aku nak minta tolong?Alani?Arena?Diorang tu asyik sibuk aje.

“Sun…,”Keylene menepuk bahu aku.

“Apa?,”keningku sedikit terjungkit.

“Tadi Fayyad cari you..I rasa dia nak ajak you pergi lunch sama-sama..,”

Keylene kembali menyambung kerja.

Aku memandang handset.Kenapa Fayyad tak call aje?Sanggup pula dia datang sini cari aku.

Aku mendail nombor Fayyad.

“You ada dekat mana?,”

“I ada dekat Putrajaya nie…,”

“Buat apa dekat sana?,”

“Photo shoot untuk cover majalah.Sun…,”

“Ya…,”

“Thanks sebab semalam.Terima kasih sebab hantar I balik..,”

“I Cuma tolong bawa kereta you aje…,”

“Syazwi tu baik kan?,”

“Hrm..okey la.Not bad…,”Syazwi tu perfect.

“Sun…,”

“Ya..Encik Fayyad?Ada apa?,”

Fayyad ketawa kecil.

“Tak ada apa…I jumpa Gordon tadi.You dengan dia dah lama clash kan?,”

Aku telan air liur.Aku pernah cakap dengan Fayyad yang Gordon tu ex aku.Kitorang dah tak ada apa-apa hubungan.Tapi Fayyad tak pernah tahu yang aku dah berbaik semula dengan Gordon.

“Ha ah..dah lama…tak payah risau sangat.Hati I Cuma ada you..,”apa-apa hal pun bukan ke hari tu aku baru aje putus dengan Gordon?

Kejap.Bukan Gordon patut ada dekat Switzerland?Dia buat apa dekat sini?

“Sun…,”

“Apa lagi?,”aku mula rasa bosan.Memang betul-betul rasa macam bercakap dengan budak kecil.

“Tengahari tadi I nampak muka you..,”

“Hrmm..ya?Dekat mana?,”

“Dekat pejabat Syazwi….,”

4 comments:

  1. huhu syazwi dah tau..adoyai..

    fayyad lak nmpk sun kat pej syazwi..cm ne tu?

    writer : da tak sbr for next entry :)

    ReplyDelete
  2. haha.. best.. sambung ye.. ^_^

    ReplyDelete
  3. adoihhzz,,nape prangai sun tuu cm truk je,,
    huhu
    sian syazwi,,:(
    xsbar nk bce yg slanjutnye,,

    ReplyDelete
  4. adooiihhzz,,npe prngai sun tuu mcm truk je,,
    sian syazwi,,:(
    ske wtak syazwi,,
    xsbar 4 next entry,,

    ReplyDelete