Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Monday, February 21, 2011

Dia Salihin 11

Aku ketawa.

“Apasal gelak?I cakap benda yang betul.Tadi I ingat nak ajak Syazwi makan sekali dengan kita.Masa I pergi sana,you tengah sembang-sembang dalam bilik dia.I malas nak kacau,”

Aku mengetap bibir.

“So you jeles lah?,”

Fayyad ketawa kuat.

“I call you nanti..bye,”

Tut.Tut

Aku melemparkan handset ke atas lantai.Sekarang dah terkantoi dengan Fayyad!!!Agaknya dia sempat lihat aku dalam posisi apa?Topang dagu sambil tengok ketenangan wajah Syazwi?Memang bagus..Urghh…Tulah Sun.Kau sepatutnya putuskan hubungan dengan Fayyad.Sekarang tengok.kan dah susah.

************************

+DAH MAKAN?-Sun

Aku tekan butang send to:Syazwi.

Dia balas tak?

Tit.

Ada balasan.Yaaaahhhhhooooooooooo!!!

Kenapa gembira semacam Sun?Relaks.Pak Su ada dekat depan.

-DAH

Tu aje?

Keypad telefon ditekan lagi.

+DAH MINUM?

-DAH

Tak tahu apa lagi yang hendak dikata.Kalau aje dia belum makan malam, aku boleh suruh dia pergi makan sekarang.

Kalau dia nak suruh aku teman dia pergi makan….memang aku sanggup nak tolong temankan.

+DAH TIDO?

-OTW

Jam di tangan aku pandang sekilas.Sungguh awal dia tidur.Baru pukul 9 malam.

“Asyik main handset aje dari tadi?Kata nak belanja pak Su makan?,”pak Su dah pandang semacam.Rasa tak dihargai ke pak Su?Sorry..

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

“Pilih pak Su.Pilih.Pak Su nak makan apa?Malam nie Sun belanja,”aku menyuakan menu makanan pada pak Su.Kena layan pak Su baik-baik.Pak Su kan dah tolong sponsor pertunjukan fesyen hari tu.

“Kejap..tunggu kawan pak Su,”

Pulak dah?Siapa kah gerangannya?

Gordon menduduki kerusi kosong di hadapanku.Mempamerkan senyuman dia yang kononnya handsome.Makin lama aku jadi tak suka pada dia.Well…padanlah pun.Aku tak pernah jatuh cinta pada dia.

“Hi Sun!,”

Aku sekadar mengangguk dengan senyuman plastik yang tersungging di bibir.Ketenangan yang aku rasa bila Gordon lenyap dari hidup aku hilang begitu sahaja.Bukan senang nak menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki.Serabut!Sekejap dia nie call…lepas tu yang sana pula.

Okey la Gordon.Kau merimaskan aku.Sayonara!Farhan?Dah lama lenyap dari kamus hidup aku.Yang tu lagi sorang.Tiap kali mesej or telefon:

‘Sayang…jom kahwin’

‘Kahwin nak?’

‘Bila kita nak kahwin?’

Cukup-cukup la tu.Aku rasa dalam hidup Farhan tu dia tak pernah fakir benda lain selain kahwin.Kahwin dan kahwin.Entah berapa ramai isteri dia.3 dah kot.Bukan boleh percaya sangat dia tu.Silap hari bulan mak cik dekat tepi jalan dia boleh ajak kahwin.Kesimpulannya…sebagai perempuan yang bijak pandai..jangan lekas tertipu dengan penampilan luaran seorang lelaki.Farhan tu nampak aje macho.Tapi hakikatnya??Hurm..

Tit…Mesej baru.

-GOOD NIGHT.MAY ALLAH BLESS YOU

Sejuk hati melihat mesej yang baru aku terima.From:Syazwi

Aku senyum sampai telinga.

“Boyfriend baru?,”

Aku pandang Gordon.Senyuman tadi aku matikan.

“Fayyad…,”ujarku serius.

Riak muka Gordon macam biasa.Pak Su pula yang nampak terkejut.

“Sorry Sun.Pak Su ingat Sun still dengan Gordon.Tak tahu yang korang dah clash.Kalau pak Su tahu..pak Su tak ajak dia datang sini,”

Aku senyum nipis.

“No..tak apa pak Su.Kalau clash sekalipun..tak bermakna yang kitorang dah tak kawan.Kan Gordon?,”

Gordon turut mengangguk.

“Ya…kitorang still kawan,”Gordon masih lagi senyum pandangku.

Kawan?Maaf Gordon.Aku tak rasa nak berkawan dengan kau.Cukuplah 4 tahun kita kenal dan bercinta.Gordon mengiakan kata-kataku pada pak Su yang kononnya kami masih berkawan.Dia tak tahu aku hanya berpura-pura.Apa dia ingat aku nak balik semula pada dia?Terbang lah sejauh mana pun.Aku tak kisah kau terbang dari Switzerland ke Malaysia semata-mata sebab aku.Kau skip kelas ke apa.

Hati aku langsung tak terusik.Aku bosan melihat muka Gordon.Bercinta tak perlu setia.Tak ada salah kalau cari yang lain.Syazwi tu?Bukan kau setia pada yang satu?

Syazwi lain…

Lepas malam nie…aku tak rasa aku nak jumpa Gordon.Tak merajuk dengan Gordon.Tak marah.Cuma entahlah.Sememangnya aku bosan menghadap muka dia.

“Nak makan apa Sun?…,”suara pak Su membuatkan aku tersentak.

Aku mula memesan makanan.

*******************************

Fayyad datang menjenguk aku di Boutique.Aku masih lagi mencari ilham.Tangan aku mula melakar-lakar.Nak buat rekaan baru.Tapi tak lawa lah pulak.Aku tak puas hati dengan lakaran rekaan baru itu.

Kertas itu aku gumpal.

“You buat apa dekat pejabat Syazwi?,”aku mendongakkan kepala memandang Fayyad.Aku ingatkan dia tak nak tanya.Nasib baik lah aku dah sediakan jawapan yang paling bagus.

“I ada hal nak cakap dengan Syazwi…,”tanganku mencapai kertas baru.

“Hal apa?,”

“You tahu kan?Ayah I ada isteri baru…,”aku menjeling muka Fayyad sekilas.Ingin melihat reaksi dia.

Fayyad mengangguk.Begitu tekun mendengar penerangan aku.

Aku mula menyambung kata-kata.

“Mama I nak minta cerai dengan papa I.Sebab tu lah I pergi jumpa Syazwi.Nak tanya pendapat dia.You juga yang cakapkan?Syazwi tu peguam syariah..,”

Pandai betul aku mereka cerita.Padahal mama langsung tak pernah cakap nak cerai dengan papa.

“Oh.Macam tu.Patutnya kalau you nak pergi jumpa Syazwi.You ajak I sekali.Boleh I teman you.Nanti tak adalah I syak yang bukan-bukan,”Fayyad senyum.Wajahnya ceria.Dah tak muram masa dia mula-mula datang sini.

“You patut berterima kasih pada I tau!,”Fayyad menyambung.

“Untuk?,”

“Kalau tak sebab I mengantuk malam tu..mesti you tak akan kenal dengan Syazwi,”

Aku senyum.Kalau bukan pasal malam tu pun aku dah lama kenal dengan Syazwi lah Fayyad oi.Kau aje yang tak tahu.

“You tak ada kerja ke?,”aku tanya Fayyad yang sibuk membelek-belek kain sifon di atas mejaku.

“Ada….petang karang I ada photo shoot.Pagi nie I tak ada kerja.Sebab tu lah I datang sini.I nie rindu dekat you.You bukannya tahu.Balik-balik tanya,tak ada kerja?Tak pergi studio?You memang nak halau I kan?,”

Aku ketawa mendengar Fayyad mengajuk kata-kata aku pada dia.

“I tanya you sebab I nie ambil berat pasal you,”

“Ye ke ambil berat?,”itu dia nada sindiran dari Fayyad.

“Ya…I nak pergi beli barang nie.Kalau you tak ada kerja..jom lah ikut,”

Fayyad menaikkan kening.

“Pergi mana?,”

“Habib Jewels,”

*********************************

Aku masih memilih cincin.Cincin emas putih itu aku belek.Hrm..okey juga.

Fayyad yang dari tadi menemani hanya berdiam diri.

“You nak buat apa cari cincin?,”

“Nak bagi ayah I hadiah birthday…,”

Fayyad pandang tak puas hati.

“Ya…cuba sini jap..I nak you try pakai..,”cincin itu aku hulurkan pada Fayyad.Fayyad mengambil malas.

Dia menyarungkan cincin yang aku pilih tadi ke jari.Dahi Fayyad berkerut-kerut.

“Kenapa?,”

Fayyad mengetap bibir.

“I rasa ketat lah..eh..habis lah.Tak boleh nak keluar,”

“Hah?Ye ke?,”aku jadi gelabah.

Fayyad ketawa.Menghulurkan kembali cincin itu pada aku.

“Gurau aje.Besar sangat la cincin nie.Tak ada saiz yang lagi kecik?,”

Cincin tadi besar pula dah.Aku menajamkan mata.Mencari cincin yang berupaya memukau pandangan aku.

“Tu.Cuba tengok yang tu.Cantik kan?,”aku menarik baju Fayyad agar menghampiri.Tangan aku terarah pada sebentuk cincin yang masih berada di dalam kaca.

Aku menyuruh pekerja di situ agar mengeluarkan cincin platinum berkenaan.Fayyad macam tahu-tahu aje dia yang kena test pakai.Tak perlu disuruh,dia sarungkan sendiri pada jarinya.

Aku menanti komen Fayyad.

“Hrmm…,”

Dia pandang aku sekilas.

“Hrm….,”

Ayat macam tengah berfikir.

“Apanya?Cepatlah…,”

Dia tersengih.Cincin yang dipakai tadi ditanggalkan.

“Excellent.Pandai you pilih.Muat-muat dengan I,”Fayyad menunjukkan isyarat bagus.Aku senyum.Akhirnya..

***************************************

Arena menghulurkan dress warna ungu paras peha untuk aku pakai.

“Aku malaslah nak pergi…kau pergi sorang boleh?,”aku masih lagi duduk di birai katil.Arena sudah siap berpakaian.Dia memakai dress berwarna pink.

“Tengok tu…kau nie memanglah.Kalau kau tak pergi..siapa nak teman aku?,”

Aku menjungkitkan bahu.

Arena menggetap bibir.

“Aku tak kira…kau kena pergi juga.Dah la Alani tak boleh pergi.Tak akan aku nak sorang-sorang dekat situ?,”

“Kawan pejabat kau kan ramai?,”betul apa..Si Arena ni punyalah beria ajak aku pergi majlis sambutan hari jadi boss dia dekat hotel.Mesti kawan-kawan pejabat dia ramai.Sayangnya Alani tak dapat ikut.Sibuk dengan kerja.Rena nie lain,dia secretary kesayangan boss.Ramah dan mudah mesra dengan orang.Rena kata,isteri boss pun kenal dia.Anak-anak boss lagi lah.

“Aku tak berapa ngam dengan diorang tu….,”

“Ye ke?Nanti bila kau jumpa diorang..terus kau lupa dekat aku..,”aku masih bersyakwasangka.

“Serius…betul nie aku tak tipu.Aku akan melekat dengan kau sampai majlis tu habis.Melihat aku diam membisu,Arena terus memaksa aku untuk pergi dengan dia.Katanya lagi..dia perlukan teman.

Bosan dengan paksaan Rena,aku salin juga pakaian aku.Dress yang mendedahkan bahu itu aku capai.

Aku make up ala kadar.Buat apa lawa-lawa?Bukannya ada Syazwi pun.Arena bermurah hati untuk menumpangkan aku.Dia senang hati untuk menjemput aku dan menghantar aki pulang.Elok sangatlah…aku pun entah kenapa malam nie rasa malas nak bawa kereta.

Dewan hotel sungguh meriah.Aku tak nampak langsung orang yang aku kenal dekat sini.Aku dan Rena sama-sama memerhati sekeliling.

Eh…itu bukan ke…

“Alamak Rena…mampuslah aku…,”aku sedikit membisik.Tangan aku menarik tubuh Rena agar dia berdiri di hadapan aku.

“Kenapa?Ada orang yang kau kenal ke?,”Arena sedikit pelik melihat tingkahku.

“Itu..kau tengok elok sikit.Tu bukan Syazwi ke?,”aku menunjukkan ke satu arah.Syazwi tengah rancak berborak.Entah dengan siapa.

“Ha ah la..dia buat apa dekat sini?,”Arena turut terkejut.

“Kau tanya aku buat apa?Mana aku tahu.Kau kan secretary tuan punya majlis nie.Kau tak tahu ke?,”

Arena menggeleng..

Aku merentap tangan Rena bila terasa Syazwi sedang memandang ke arah kami.

“Kau nie kenapa?Sakit tangan aku…,”Arena mengawal suara.

“Habislah.Macam mana nie?Kau ada jubah tak?Tudung ke?,”

“Nak buat apa?,”

“Tukarlah.Kau tak nampak dress yang aku pakai nie?Seksi gila…Aku tak nak lah dia tengok aku macam nie…,”

“Kau jangan nak mengada…dah lawa dah nie.Lagipun,kita nak cari jubah dekat mana?,”Arena bercekak pinggang.

“Nie semua kau punya pasal.Dalam banyak-banyak dress..apasal kau suruh aku pakai dress nie?,”aku memuncungkan mulut.Tak puas hati.

“Dah tu?Aku lah yang salah?Kau kan dah biasa pakai macam nie.Kalau tak biasa..tak adanya aku jumpa dalam almari kau.Eh…kawan aku lah..kau tunggu sini jap.Aku nak pergi jumpa kawan aku..,”Arena menepuk bahu aku.

“Hoi…kau nak tinggal aku camtu aje?,”aku bersuara sedikit bengang.Namun masih perlahan.

Arena buat derk.Sumpah lepas nie aku tak akan ikut kau pergi majlis macam nie.Tak akan aku nak tercongok aje dekat sini?

Aku pandang tepi.Kebanyakan orang dah mula duduk di meja.Aku menarik nafas.Buat muka tak malu.Macam tak biasa..Aku menghampiri sebuah meja.Meja yang agak besar.Ada lapan kerusi.Semua kerusi kosong..Cantik.

Tak ada pun tertulis VIP.Jadi,meja nie tak berpunya.Siapa-siapa pun boleh duduk.Aku duduk di atas kerusi.

Sekarang aku nampak macam kera sumbang.Sorang-sorang dekat sini.Mana pergi sikap ramah tamah aku tu?Ni semua Syazwi punya pasal.

Aku lihat sebelah.Tepi.Belakang.Tak nampak batang hidung Syazwi.Mujurlah.Aku tak nak dia nampak aku dalam keadaan tak sopan macam nie.

Selama nie,aku tak pernah dedahkan bahu aku depan Syazwi.Paling seksi aku pakai dress paras lutut.Tak pernah lagi aku pakai dress atas lutut.Paras peha macam nie.Mesti sekarang dia benci dekat aku kan?Mesti dia rasa aku nie perempuan miang….

“Hye…boleh duduk?,”

7 comments:

  1. best la..nak lagi.sweet je watak sun.

    ReplyDelete
  2. tu syazwi ker..? hehe.. besstt.. smbung lagi yerr

    ReplyDelete
  3. Best la! tapi Sun tu mcm gedik orgnya... mcm tak sesuai dgn syazwi

    ReplyDelete
  4. best. tp huhu. jgn la bwt sun tu pkai baju2 cmtu. x syok aa kalo syazwi tgok. aiseyy., btw,minat hlovate gak ke? HAHAHAHA :DD

    ReplyDelete
  5. perghhh..tak sngka ada gak agak blogger minat buat novel2 ni..salute la..kim slm dari achie

    follow anda,sy cool^^

    ReplyDelete