Suara perempuan.
Aku senyum.Mempersilakan dia duduk di sebelah aku.
“Sumaiya kan?,”perempuan bertudung litup itu menyapa aku.Dia tersenyum manis.
Aku tersentak.Dia tahu nama aku?Femes sangat ke aku nie?Setahu aku,aku tak pernah masuk majalah atau surat khabar…
“Aku lah..kau tak ingat ke?Qardhatul….,”
Aku pandang tak percaya.
“Qardhatul?Kita satu kumpulan masa orientasi tu kan?,”
Qardhatul sengih.
“Dah lama dah.Aku tak sangka kau ingat lagi.Lepas minggu orientasi tu kita dah tak jumpa kan?,”
Aku mengangguk.
“Beribu budak dekat universiti.Memang payah la kalau nak terjumpa,”
Qardhatul turut mengangguk.Mengiyakan kata-kata aku.
“Last aku dengar,kawan kau cakap kau pindah Swizerland..betul ke?,”Qardhatul masih tidak puas bertanya.
Aku senyum.
“Betul la tu….tak sangka betul aku boleh jumpa kau dekat sini…,”
“Aku pun sama…dah la tadi aku jumpa Syazwi,”
“Ha?Kau pun jumpa Syazwi?Mana?,”aku tertoleh-toleh.
Qardhatul menunjukkan ke satu arah.Syazwi tengah bersembang dengan seorang lelaki.
“Kalau kau nak tahu…tu lah husband aku…,”
“Hah?Mana?,”
“Itu lah….,”
Aku tercari-cari gerangan orang yang Qardhatul maksudkan.Yang nampak di mata aku hanya Syazwi seorang.
“Syazwi?,”aku bertanya kurang pasti.
“Mana ada.Tu..yang tengah borak dengan Syazwi tu.Suami aku jurutera dekat syarikat nie.Boss dia punya birthday…sebab tu lah dia ajak aku.Aku sebenarnya malas nak pergi…tak ada kawan.Nasib baiklah jumpa kau,”Qardhatul menjelaskan pandang lebar.
Aku dan Qardhatul sama-sama memerhatikan mereka berborak.Pandang dari jauh.Qardhatul melambai bila suaminya memandang ke arah kami.
“Kau nak buat apa?,”
“Panggil suami aku…,”
“Eh…janganlah…,”aku menghalang.Karang tak pasal-pasal Syazwi ikut sekali.
“Habis tu?Nanti suami aku nak duduk mana?Tempat lain semua dah penuh,”
Aku memandang sekeliling.Betul apa yang Qardhatul cakap.Meja lain dah penuh.Jadi,aku hanya membiarkan Qardhatul memanggil suaminya.
Suami Qardhatul pula tarik Syazwi sambil menunjuk-nunjuk ke arah kami.Itu tak lain..mesti nak ajak Syazwi sekali.
Aku jadi risau….macam mana nie?Dress aku nie seksi.
“Kau ada kot?,”
“Aku nie perempuan…kau tanya husband aku.Syazwi tu pun pakai…,”
Aku menggetap bibir.Memang sengaja cari malu lah kalau tanya Syazwi.Aku pandang Syazwi.Mana pergi kot dia?Syazwi hanya memakai kemeja.Kalau tak silap aku masa mula-mula masuk dewan tadi aku nampak dia pakai kot.
“Eh…diorang datang sini lah…,”
“Memang lah..aku panggil tadi…,”
“Tolong lah aku….bahu aku nie terdedah sangat…,”aku menggoncang-goncang tangan Qardhatul.
“Aku nak tolong macam mana?Aku pun tak ada kot nie…,”Qardhatul membalas laju.Ikut tertekan dengan perilaku aku.
“Kalau Syazwi nampak aku pakai macam nie..dia mesti tak suka aku kan?,”aku pandang Qardhatul dengan riak wajah bimbang.
Qardhatul ketawa kecil.
“Alah kau nie…dari dulu.Perangai kau tak ubah-ubah.Tak habis-habis nak control ayu depan Syazwi…,”
Dulu aku ada control cun ke?Aku pun dah lupa.Tawa Qardhatul aku balas dingin.
“Itu lah kau.Siapa suruh pakai macam nie.Kenapa tak pakai baju kurung?Aku rasa lagi elok kalau kau pakai baju kurung…,”Qardhatul menambah.
Dia dah mula membebel dah.Dah terlambat Qardhatul…lagipun,aku tak ada baju kurung.Stok baju kurung yang lama semua aku dah bakar sebelum aku pergi Switzerland hari tu.
Mana taknya…bila tengok baju kurung,nampak muka Syazwi…Asal nampak baju kurung..aku mesti teringatkan Syazwi.
Tak pasal-pasal Syazwi.Padahal dia tak ada kena mengena langsung dengan baju kurung.
Aku bakar baju tu sebab dah lama.Dah tak cantik.Warna pun dah kusam.
Aku perhatikan muka Qardhatul.Mata aku mendarat pada tangan Qardhatul yang elok terletak di atas peha.
“Kata tak ada blazer.Tipu.Tu siapa punya tu?,”aku menudingkan jari pada tangan Qardhatul.
Qardhatul menepuk dahi.
“Alamak.Lupa.Sorry.Nah.Untuk kau…,”dia menghulurkan blazer itu pada aku.
“Untuk aku?Siapa punya nie?,”aku ambil blazer berkenaan sebelum menyarungkannya ke tubuh.
“Syazwi.Yang nampak kau duduk sini sorang-sorang..Syazwi lah orangnya.Bila aku kata aku nak pergi borak dengan kau,itu yang dia suruh aku paskan blazer nie dekat kau,”Qardhatul tersengih-sengih.
Pipi aku merah.Aku jadi terharu.
“Kenapa dia bagi aku?,”
Qardhatul menjungkitkan bahu.
“Kau nak tahu tak?Aku rasa Syazwi tu suka dekat kau.Dia selalu lebihkan kau.Cara dia layan kau tu lain.Special…,”
“Special?Apa yang special?,”suami Qardhatul tiba-tiba muncul.Dia duduk berhadapan dengan Qardhatul.
Syazwi pula mengambil tempat di depan aku.Sebelah suami Qardhatul.Kerusi lain masih lagi kosong.
Qardhatul senyum.
“Tak ada….Sumaiya nie special orangnya.Bertuah betul siapa yang jadi suami Sumaiya.Ye tak Syazwi?,”Qardhatul serang Syazwi dengan satu pertanyaan.
Aku sempat menayangkan isyarat bagus pada Qardhatul di bawah meja.Qardhatul sekadar tersengih.
“Betul..bertuah siapa yang jadi suami Sumaiya,”Syazwi balas tenang.Tidak pula tersedak walaupun tadi dia tengah minum air.
Aku senyum meleret.
“Sebab tu lah awak kena kahwin dengan saya..Syazwi..,”aku pula menyampuk.Buat-buat bergurau.Walaupun sebenarnya aku serius.
“Oh..boleh aje…tapi mas kahwin kena murah sikit lah ye.Saya tak mampu nak bayar kalau mahal sangat,”ujar Syazwi sambil ketawa.
Aku tahu dia bergurau…tak kisah la.Janji aku bahagia.Aku dan Syazwi dah mula cakap pasal kahwin.Aduhai…
“Hah.Elok sangatlah tu…Syazwi tu pun single lagi…,”suami Qardhatul menyokong.Nama suami Qardhatul kalau tak silap aku..nama dia Rahmat.Qardhatul sempat bisik dekat aku tadi.Peramah orangnya.
“Sun pun single juga tu.Okey apa…korang kan dah lama kenal…,”kata-kata Qardhatul itu membuatkan aku terdiam.
Syazwi pun tiba-tiba aje berhenti senyum.Dia dah tak ketawa macam tadi.
Aku single?Qardhatul memang silap besar la.Aku nie girlfriend orang.Teman wanita Fayyad.
Aku mengeluh.Hubungan cinta antara aku dengan Fayyad memang merunsingkan aku.Kalau aku terus dengan Fayyad,memang sampai bila-bila pun aku tak akan dapat Syazwi.
“Mengeluh pula…makan lah Sun.Dari tadi tak terusik makanan tu,”Qardhatul menunjukkan ke arah pinggan aku.
Aku tersengih.Sambil itu tangan aku mula menyuap.
Dewan digelapkan bila persembahan dimulakan.Pengacara majlis dah lama berceloteh.Aku sahaja yang baru perasan.
Lama betul majlis nie,ada nak dekat dua jam lebih.Aturcara yang terakhir ialah upacara memotong kek.
Hadirin dikehendaki menyanyikan lagu hari jadi.Aku pun menyanyi juga.Yelah,aku kan tumpang makan aje dekat sini.Hadiah pun aku tak bawa.Dengan menyumbangkan nyanyian tu,sedikit sebanyak kurang la juga rasa bersalah aku.
Dari jauh,pentas di hadapan aku perhatikan.Dah tua dah boss Arena.Hari ini hari jadi dia yang ke 80 tahun.
Moga panjang umur dan murah rezeki.
Terasa lega bila majlis tu dah selesai,aku berjalan beriringan dengan Qardhatul ke lobi hotel.
Syazwi dan Rahmat sudah menunggu di lobi.Rahmat tunggu Qardhatul.Syazwi pula?Tunggu aku ke?Hee…
“Kitorang nak balik dulu Sun…kalau ada masa telefon lah aku ye..,”Qardhatul adan aku saling tukar nombor telefon.
“Kau pun sama….jangan lupa aku tau,”aku peluk tubuh Qardhatul sebelum meleraikan pelukan.
“Balik dengan siapa Sumaiya?,”Rahmat pandang aku.
“Tak tahulah.Tadi saya datang dengan kawan.Sekarang batang hidung dia pun tak nampak,”kepala aku berpusing.Berfikir.
Nak balik dengan siapa.Mata aku jatuh pada wajah Syazwi.
“Saya tumpang awak boleh?,”
Syazwi nampak terkejut.Namun dia tidak menjawab apa-apa.
Diam tanda setuju.
“Saya tumpang Syazwi…Bye Rahmat.Jumpa lagi Qardhatul!,”aku melambai Qardhatul dan Rahmat.Mereka mula menuju ke basement parking.
Tinggallah aku dan Syazwi.
Aku tengok muka Syazwi.Makin handsome aku tengok Syazwi nie.Mata aku melekap pada rambut Syazwi.Syazwi tak pakai songkok.Aku baru perasan.
Syazwi menggosok leher.Mata dia pandang lantai.Mesti dalam hati dia tengah sumpah seranah aku.Maklumlah,aku nie asyik tenung muka dia je.
“Blazer saya tu awak nak bawa balik ke?,”
“Oh yang nie?Saya rasa saya nak blazer ni.Boleh?,”aku sekadar menduga.
“Hrm…kalau awak nak ambil lah…,”
“Betul nie?,”senyuman aku makin mekar.Dapat durian runtuh hari ini.Anggap aje Syazwi bagi hadiah dekat aku.
Syazwi mengangguk.
“Dekat sini rupanya kau.Puas aku cari.Hye Syazwi.Jom Sun.Kita balik,”Arena muncul entah dari mana.Tangan aku ditarik.
“Tak apa.Kau balik lah.Aku balik dengan Syazwi,”aku memberi isyarat mata pada Arena.Aku nak berdua-duaan dengan Syazwi.Kau tak payah kacau.
“La..kenapa nak balik dengan Syazwi nya?Kau kan datang dengan aku.dah lah.Jom kita balik…,”Arena masih lagi menarik-narik tangan aku.Kali ini agak kuat.
Arena pula tak faham bahasa isyarat aku.
“Tak apa lah.Awak balik aje dengan Rena…,”ujar Syazwi pula.
“Eh..tak apa…saya balik dengan awak,”aku merentap tangan aku dari Arena.Punyalah susah aku nak dapat peluang naik kereta Syazwi.Arena pula buat kacau.Menyibuk betul.
“Kau balik dengan aku,”Arena menunjukkan muka serius.Masa nie lah juga Arena nak tunjuk perangai keras kepala dia.
Syazwi ketawa kecil.Dia mengangkat kedua-dua tangan,tanda menyerah.
“Jangan gaduh..Tak apa Sumaiya..awak balik dengan kawan awak..,”Syazwi tinggalkan aku dan Arena.
Kalau aku ular sawa..memang sekarang nie aku belit Arena.Siap telan lagi.
“Puas lah kau sekarang?,”suara aku tinggi.
“Puas apa?Sorry..aku tahu tadi aku tak patut tinggal kau sorang-sorang.Aku nak pergi dah dekat kau,kawan office aku pula ajak aku duduk dengan diorang,”
“Tu cerita basi tau tak?Aku tak kisah la kau nak tinggal aku ke hapa..,”
“Dah tu?Yang kau marah sangat nie kenapa?,”
“Tadi..aku baru aje nak balik dengan Syazwi.Kau pula datang kacau..,”
“Nanti jap Sun…,”
“Apa?,”
“Kau suka Syazwi lagi?,”
“Yalah…,”
“Sorry aku tak tahu…,”
“Ah…dah terlambat,”
“Sorry…,”
Aku ingat nak merajuk,tapi tak sampai hati bila tengok muka Arena.Dah rupa orang nak nangis.
Perlahan-lahan aku senyum.Walaupun rasa sedikit geram dengan Arena,tapi tak kisah la…tak akan pasal benda remeh nie nak gaduh ngan kawan kan?
**************************************
Aku masih lagi belum tidur.Jam dah pukul 12.30.Tapi mata masih lagi belum mengantuk.Terasa nak hantar mesej pada Syazwi.
GOOD NIGHT.SWEET DREAM
Mesej sending….
Seminit..dua minit.Tak berbalas.
Sah!Syazwi tengah tidur.Kalau dia berjaga pun aku tak rasa dia akan balas mesej aku.Tengahari tadi aku tak berkesempatan nak melawat Syazwi dekat office.Tak apa..tadi baru aje jumpa dia dekat majlis hari jadi.Aku menyedapkan hati sendiri.
Siang tadi,aku sibuk mencari cincin dengan Fayyad.Entah berapa jam aku dengan Fayyad di Habib.Sedar-sedar aje dah petang.Nak pilih aje ambil masa berjam-jam.
Aku pun makan tengahari dengan Fayyad.Tak apa Syazwi..besok kita makan sama-sama ya.Bila Syazwi macam tak kisah aje aku datang office dia…lagilah aku berkenan nak datang sana.Cuma yang aku tak berkenan si Fatima tu.Kenapalah dia kerja dekat situ.
Besoklah aku cari gaduh dengan Fatima.Dulu dia mengejek aku pasal air liur basi.Siap lah dia.
Aku membawa keluar kotak cincin dari dalam laci.
Hari esok akan menjadi sejarah.Sejarah hidup seorang Sumaiya melamar Syazwan Salihin sebagai suami.
Aku nekad.Sebab aku dah terlampau suka pada dia.Cuma tak sampai tahap nak buat benda tak baik dekat dia.Tak adalah sampai nak panggil Jabatan Agama.Tak payah malu…aku tahu Syazwi.Kau suka aku.Aku yakin dengan perasaan aku.
Blazer milik Syazwi aku sarungkan pada badan.
KITA PUTUS..I DAH SUKA ORANG LAIN
Aku menekan keypad telefon bimbit
Message sent to:Fayyad
***************************************
Dia masih menonton televisyen.Ada cerita best.Kalau tak dia pun tak akan tengok televisyen sampai tengah malam.Mesej yang Sumaiya hantar dia baca.Syazwi senyum sendiri.
Fayyad tiba-tiba meluru ke arahnya.Mencekak baju yang dipakainya.
“Kau pehal ha?,”dia bersuara marah.Orang tengah syok tengok tv.
“Kau tu pehal?Aku tak kacau pun hidup kau bro…well memanglah time malam-malam aku tidur dekat tempat kau.Tapi tu tak bermaksud yang kau boleh rampas awek aku!,”
“Apabende kau nie?Rampas awek?Aku tak pernah buat kerja-kerja terkutuk tu,”dia menepis tangan Fayyad.
“Habis tu?Pesal Sun nak minta putus dengan aku?Mesti kau yang hasut dia kan?,”
Mulut tu.Ikut sedap hati dia aje.
“Kau dengar sini ye Fayyad…kalau kau tengah gaduh dengan awek kau tu.Tolong jangan nak babitkan aku,”
Dia kembali duduk.Mata kembali memandang televisyen.Fayyad duduk perlahan-lahan di sebelahnya dengan rupa sendu.
“Macam mana bro?Aku nak buat apa?Sun dah suka orang lain.Dia dah tak suka aku,”
Syazwi diam.Hati dia turut risau.Fikiran dia turut kacau.Bukan Sumaiya tengah usyar dia?Siap bawa mangkuk tingkat.
Siapa laki tak guna tu?Sumaiya dah tak suka pada dia?Haish.
hahahaha..tu la syazwi..kata x suka... hahaha
ReplyDeletehanie...
ReplyDeletehahaha
hancur sudaa...
hahahhaa., smbung lagi yer
ReplyDeletesambung cpat2 skit ehh,,kdang2 tuu cm nyampah p0n ad gak ngan sun tuu,,rmai sgat b0y dye nk,,huhu
ReplyDeletekelakar...hahahaha
ReplyDelete