Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, August 15, 2009

I Warn You!!



Bokk!!!

Hampir-hampir sahaja aku terjatuh dari atas tangga.Wah!Melampau ni…Orang tengah turun tangga sempat lagi main pukul-pukul belakang.Nasib baik aku sempat berpaut pada besi di tangga.Kalau tidak…innalillah la jawabnya..

Aku menoleh ke belakang.Jejaka yang sedang tersengih-sengih itu aku pandang dengan pandangan yang tajam.Rasa nak telan-telan aje budak nie.

“Opss…sorry akak pengawas…tak sengaja.Tertolak pulak!,”selesai sahaja berkata demikian,Syafiq terus berlalu sambil ketawa.

“Woit!!!Sini kau!!,”laungan aku langsung tidak dihiraukan.

Huh.Perangai macam budak-budak.Tak sedar diri tu dah Form 5.Kot ye pun nak balas dendam kat aku yang selalu tulis nama dia tiap-tiap pagi…janganlah tolak orang…

Nama aku Nurul Fathinia Binti Mustafa.Aku Ketua Pengawas Sekolah nie.Sebagai KP…aku tidak dapat menolak daripada bersifat tegas.

Segarang-garang aku….Aku sering dipermainkan.Itulah satu-satunya kelemahan aku.

Isk…isk..isk.

Siapa yang sering mempermainkan aku?

Mestilah budakbudak nakal dan samseng dalam sekolah ni yang berdendam dan ada masalah dengan aku.

Senang cerita…diorang tak suka aku la.

Aku masuk ke dalam kelas…letihnya…Tadi baru habis jaga kelas.Cikgu-cikgu baru sahaja habis bermesyuarat.

Jap-jap…baru habis jaga kelas?Hehe.

Pembetulan-pembetulan..aku baru sahaja selesai meronda blok.Tengok anak buah aku menjalankan tugas.Bahuku ditepuk perlahan.

“Wei..Nurul.Aku ada nampak benda la bawah meja kau…Dari tadi dah aku nak tahu apa..bukak la wei..excited dah aku nie,”Malisa,AJK Pengawas Sekolah a.k.a bestfriend aku memberitahu.

Di dalam kelas,dia duduk di belakang aku.Mataku memandang kotak kecil di bawah meja.

Aku menggoyang-goyangkan kotak tersebut sambil tersengih memandang Malisa.

Jeng.jeng.jeng…

Terkebil-kebil aku menatap benda di hadapanku itu.

Sisa-sisa kuku yang telah dipotong + nota kecil ada dihadapanku.Nota itu dibaca Malisa untukku…

“SISA-SISA KUKU AKU NIE MENUNJUKKAN YG KAU NIE KECIK JE KAT DEPAN MATA AKU.AKU BOLEH SIAT KAU BILA-BILA MASA AJE…BOLEH BLAH LA PENGAWAS GILA KUASA,”Malisa tersengih-sengih.

“Satu lagi luahan perasaan untuk kau,”aku mencemikkan muka mendengarnya.

Kotak + nota itu aku campakka ke dalam tong sampah.

Wuh.Bosan betul…tak mencabar langsung ugut aku guna kuku.Wahaha.Ingat aku takut er?

Sorry sket..ni Nurul Fathinia la.Pengawas yang berani.

“Tengok nie Lisa…aku buang benda nie depan mata kau.Memboringkan betul budak ni,”ujarku sambil mengukirkan senyuman.

Aku dan Malisa sama-sama meledakkan ketawa.

Keesokan harinya,seperti biasa..pagi-pagi lagi aku sudah meronda blok.Tengok pengawas lain bertugas ke tak.Lima minit sebelum loceng berbunyi…aku terpacak dekat depan pintu pagar sekolah.Tengok budak-budak nie bertugas.Mane la tahu kot-kot ada yang curi tulang.

Ahem-ahem..Aku kan KP yang bertanggungjawab.

Aku mengerling tajam ke arah pelajar yang selalu bikin masalah.Dia melewati pintu pagar sekolah dengan selamba.

Jam dah 7.45.Awak dah lewat cik abang oiii…Pengawas-pengawas yang duduk dekat gate tiada tanda-tanda untuk mengeluarkan buku nota.

Eh…hello?Tak ada siapa nak tulis nama dia ke?Takkan takut dengan budak ni kot?Tapi berkemungkinan betul jugak la telahan aku tu…sebab budak yang ada problem ni Form 5.Pengawas yang ditugaskan untuk menjaga gate minggu ni pulak rata-ratanya Form 3 and 4.

“Mohd Syafiq Azriel…Kelas 5 Ibnu Khaldun!!!Duduk diam-diam dekat situ!,”arahku tegas.

Syafiq menghentikan langkahnya.Dia memandangku dengan senyuman mautnya yang menampakkan lesung pipit.

Ahh..mamat ni saja nak goda aku.

“Ye my pengawas?Ada apa?,”Syafiq mengenyitkan mata.Aku tengah serius nie..

“Bukak kasut!!,”arahku garang.

“Kenapa lak nie?Aku dah pakai elok-elok nie.Stokin pun panjang je..,”Syafiq bersuara tidak puas hati.

“Tanggal aje la.Banyak alasan pulak!,”sampuk Malisa yang muncul entah dari mana.

‘Ah..masak aku hari ni’Syafiq berkata-kata di dalam hati.

Dengan perasaan yang berat hati,tali kasut dirungkaikan perlahan-lahan dan kasut dicabut.

“Lepas tu..cabut stoking!,”arah Malisa pula.

Aku dan Malisa berbalas senyuman.

Malisa nie..macam tahu-tahu aje apa yang aku nak buat.Syafiq menjeling tajam.Dan ternampaklah…..

“Tengok!!Betul la apa yang aku agak…Dia bawak rokok la…Eh…hepinyer aku rasa.Dah lama dah tak tangkap orang yang bawak rokok ni…kau jaga dia kejap Malisa.Aku pergi panggil cikgu,”aku tersenyum gembira sambil berjalan laju menuju ke bilik guru.

“Cikgu!!,”jeritku sedikit kuat.

“Hoi-hoi Nurul.Kot ye pun..janganlah tunjukkan sangat kegembiraan kau tu..hish..wat malu pengawas aje..,”Malisa sudah menepuk dahi.

Syafiq menyumpah-nyumpah dirinya.

Kenapalah hari ini dia simpan rokok dekat tempat yang common sangat??

*****





Syafiq menatap wajah di hadapannya dengan perasaan yang bosan.Dia dah muak menatap muka Cikgu Ruzman.Lelaki yang bermisai kucing tu dah la garang…kuat merotan pulak tu.

“Hurm…cikgu dah tak tahu nak kata apa dah..kamu tunggu dekat sini.Daniel..tolong tengok Syafiq jap.Cikgu nak ambil fail,”Syafiq menoleh ke arah Daniel.

Daniel merangkap Penolong Ketua Pengawas tersenyum sebelum menghampirinya.

“Apalah kau ni..lain kali…hati-hati sikit.Tengok!Dah kantoi dengan Nurul,”Daniel ketawa perlahan.

Bahu rakan karibnya itu ditepuk kuat.

“Diam ah kau..,”gumam Syafiq menahan geram.

“Cikgu Ruzman!!,”panggil satu suara dari luar bilik disiplin.

Syafiq dan Daniel menoleh.

Terjongol wajahku dari sebalik pintu.Cikgu Ruzman segera keluar dari bilik kecil yang terdapat di dalam bilik disiplin.

“Ye..Nurul..kenapa?,”Tanya guru 40-an itu.

Aku mengukirkan senyuman.

“Besok saya nak buat perjumpaan pengawas.Cikgu ada benda ke nak cakap nanti?,”Cikgu Ruzman mengurut-ngurut janggut sejemputnya.

Tengah berfikir kot.

“Hurm..takde kot..takpelah..awak cakap aje apa-apa yang patut,”aku menganggukkan kepala.

Wajah Daniel aku tatap sekilas.

“Weit Daniel!Besok kau jangan nak ponteng-ponteng yerk.Aku nak tengok muka kau besok.So prepare la dengan ucapan kau tu,”sempat aku menitipkan amaran buat Daniel….Penolong Pengawas yang pemalas lah sesangat.

“Aku datang la…don’t worry k!.”Daniel tersenyum plastic.

Selesai urusanku di bilik disiplin…aku segera berlalu pergi.

“Nurul tu…bila marah..cute kan?,”ujar Daniel sambil mengangkat kening memandang Syafiq.

“Aku dah lame tahu la…,”Syafiq tersenyum.

*****

“Sedap la Mee Sup hari nie…,”aku mengirup sup yang masih menggelegak itu perlahan-lahan.

Malisa mengangguk.

Dia sudah hampir selesai makan Mee Sup.

“Cepat la sikit makan tu…kita nak kena bertugas pulak nie,”Malisa sedikit tergesa-gesa.

Takut sangat waktu rehat habis.

Bokk!!

Aku mengurut dada.Nasib baik tak termasuk muka aku dekat dalam mangkuk sup yang panas ni.Kalau melecur muka aku yang cun nie..tak ke naye?

Kedengaran ketawa seseorang sedang menggelakkan aku.

Hishh..aku dah menyampah giler-giler dengan dia nie.Bencinya aku!!!

“Hoi kau!Kalau nak tegur orang tu…boleh tak elok-elok sikit.Nie tak habis-habis cuba nak bunuh aku,”kemarahan aku sudah sampai tahap maksima.

“Tak ade la sampai nak bunuh kau…aku gurau je..Rileks k…Janganlah marah-marah.,”Syafiq and the geng berlalu pergi.

Aku masuk ke dalam kelas. Apa pulak tu?Mataku terancap pada sekeping kertas yang menyelit di bawah mejaku.Kertas itu aku tarik perlahan.
  

Ade budak tengah ponteng kelas..dekat stor belakang

-spy-


Aku tersenyum sendirian.

Daripada siapa lagi..kalu bukan informer tak bertauliah aku.Dari dulu lagi dia selalu memaklumkan kepadaku jika ada pelajar ponteng ker…merokok ker….

Bersama-sama guru disiplin,AJK Pengawas dan Penolong Pengawas.Kami menyerbu bilik stor.Hasilnya 5 orang pelajar ditangkap kerana ponteng.Antara yang ditangkap ialah Syafiq and the geng.

Siapa lagi,kan?

Aku memandang wajah di hadapanku dengan garang.

“Kau..kau..kau..!!tak sedar ke yang korang tu dah Form 5?Nie…demerit pun dah tinggal sikit..,”aku menghulurkan fail demerit kepada Cikgu Ruzman.

“Bising pulak minah ni…Cikgu Ruzman tak membebel..dia pulak yang lebih-lebih..,”Fauzie merungut perlahan.

Syafiq menjungkitkan bahu.

“Relaks beb..layan aje lah..tak rugi apa pun…,”ujar Syafiq sambil tersengih memandang sahabatnya yang tengah bengang itu.

“Syafiq!!!Fauzie!!!Qimie!!Saya akan berbincang dengan cikgu-cikgu lain dan Pengetua..Jangan terkejut kalau lepas nie kamu kena gantung sekolah.Kami dah hilang sabar dengan sikap kamu..,”Cikgu Ruzman berkata-kata tanpa sekumit senyuman.

“Bapak kucing dah mengamuk lah!,”bisik Syafiq kepada Qimie dan Fauzie.

Mereka tergelak-gelak.Aku yang memandang hanya mampu menggeleng kepala dengan kelakuan mereka.

Bilalah mereka nak serius…

5 comments:

  1. nice.
    wtkan org tegt zmn lepak skolah dlu lk.
    hehe..
    btw, good work.+upgrade more kay?
    gambatte[^^,]V

    ReplyDelete
  2. wah nice story laa..
    shuke shuke...

    ReplyDelete
  3. BRU BCERW JEWR..TETAWAN ABISS...:))

    ReplyDelete
  4. kalau buat novel mesti laris punya....
    teruskan berkarya...

    ReplyDelete
  5. yeah. betul kata 1st commentor tu.
    sgt best.

    ReplyDelete