Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Sunday, January 3, 2010

B.M.W (2)

“Am, thanks eh sebab kasi aku kerja dengan kau.”ujarku pada Amsyar, bestfriend aku sejak sekolah menengah.

“Takpe. Lagipun kedai computer aku ni bukannya besar sangat. Bila kau cakap kau nak kerja ngan aku pun aku dah cukup terharu.”Amsyar senyum. Bila Bella cakap je yang dia nak kerja sini, rasa nak melompat-lompat pun ada. Terus dia pecat Laili, pekerja berbangsa Tiong Hua yang baru 2 bulan kerja dengan dia.

Tapi dia takdela kejam sangat. At least, Laili dapat pampasan RM500. Dia punya kedai computer pun Cuma ada 3 orang pekerja. Tak mampu dia nak hire ramai-ramai. Business computer dia pun bukan maju sangat. Kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Yang ada kat sini Cuma.. Dia, boss kedai computer Am the Whizzer. Fakhrul, ex- engineer yang repair segala computer, dan Bella, awek cantik yang bakal jadi cashier.

“Am.. Kita gi makan jom. Aku lapar lah. Tadi aku tak sempat breakfast, dari rumah terus datang mall ni, nak jumpa kau. Please.. kalau kau taknak makan pun, kau teman aku eh?”aku tunjuk muka simpati. Memang perut aku ni dah lapar gila. Kalau kat sini senyap, mesti dah boleh dengar peru aku berbunyi.

“Ha.. Yelah. Jom. Hari ni sebab mood aku baik, aku belanja kau.”

“Kau belanja? Betul? Wah, makin sayang aku dekat kau, Am.”aku kenyitkan mata padanya. Muka Amsyar merah. Aku tergelak besar. Dari dulu lagi memang Am ni takboleh kalau aku kenyit mata ke, panggil dia sayang ke, darling ke.. mesti dia akan blush. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi tu yang membuatkan aku makin suka nak usik dia.

“Dah2. Kau pergi keluar dulu. Aku nak pesan kat Fakhrul suruh dia jaga kedai kejap.”

“Ok, darling. I tunggu kat luar.”aku masih mengusik. Senyuman tak lekang dari bibir.

“Kau keluar cepat, Bella!!”marah Amsyar kuat. Mukanya makin merah. Ketawaku pecah sekali lagi.

*****************

Darian tolak ‘troli’ menuju ke arah lif. Mujur tadi dia terlepas dari Mak Cik Kinah. Lama jugak dia bertapa dalam toilet tu. Ada nak dekat sejam. Sekarang, nak taknak terpaksalah dia cuci tandas lelaki floor 2. Walaupun, dia boleh dianggap boss kat mall ni, dia tak suka buat kerja separuh jalan.

Langkah Darian terhenti. Dia memandang perempuan bertudung litup yang sedang asyik berborak dengan seorang lelaki sambil menunggu lif terbuka. Macam kenal je minah ni.. Dia berfikir sejenak. Hah! Perempuan ‘roti’ semalam. Akal jahatnya mula aktif. Dia sengih panjang. Mop segera diambil dari ‘troli’. Topi yang tersisip di pinggangnya juga turut dipakai.

***********

“Kau tengok tak filem…”

“Maaf, cik.”perbualan aku dengan Amsyar terhenti. Cleaner bertopi dan berpakaian hitam-biru itu lalu diantara aku dengan Amsyar. Mop di tangannya ligat mengelap lantai di situ.

“It’s okay.”balasku pendek. Aku menyambung perbualanku dengan Amsyar.

“Kat mana aku tadi? Ermm.. ha. Kau tengok tak filem..”sekali lagi perbualan kami terhenti. Cleaner lelaki yang khusyuk mengemop lantai di situ cukup menyakitkan hati aku. Mana taknya, Cuma kawasan lantai aku dengan Amsyar je yang dia mop. Dari tadi dia keliling kitorang berdua. Aku yang tengok ni pun boleh naik pening.

“Siapa dia ni, Bell? Annoying gile.”Amsyar bisik perlahan. Aku mengangguk laju.

“Bukan annoying gile. But Annoying and gila.”Amsyar ketawa perlahan.

“Just ignore him lah Bell. Jom masuk, lif dah bukak tu.”Amsyar jalan memasuki lif. Aku turut mengekori dia. Tapi langkahku dihalang oleh si cleaner tadi. Aku nak pergi kiri, cleaner tu nak pergi kiri, aku pergi kanan, dia pergi kanan. Aku stop, dia stop. Aku start nak pergi kiri, dia pun pergi kiri.. hinggalah..

Ting! Lif tertutup kembali. Aku pandang cleaner tu dalam-dalam.

“Pergi sanalah!”jeritku kuat. Marah. Cleaner tu lari ke tepi. Setelah agak jauh, dia membuka topinya dan tersenyum pada aku. Aku yang memerhati dah terdiam. Bukan ke dia ni.. Guard semalam? Apa nama dia eh.. Durian? Bukanke.. Derian? Jap. Hah. Darian.

Memang nak kena dia ni.

Shawty’s like a melody in my head
That I can’t keep out..

Telefon bimbit Nokia 5610 aku ambil dari tas tanganku. Seperti yang aku jangka. Mesti Am yang telefon. Punat hijau ditekan.

“Hello.”

“Hello, Bell. Are you okay? Sorry babe. Tadi dalam lif orang ramai sangat. Aku berdiri kat belakang. Susah nak keluar. Kau okay kan? Cleaner tadi ada buat apa-apa kat kau? Nak report polis? Ke nak suruh aku panggil geng aku? Aku ada banyak geng. Boleh tolong belasah dia.”Amsyar bercakap tak henti-henti.

“Am, relakslah. Aku okay. Lagipun aku kenal cleaner tadi. So, kau tak payah nak panggil geng kau ke.. nak report polis ke.. Tak payah. Faham tak?”

“Er.. okay. Kau dekat mana? Kau nak suruh aku naik balik ke?”

“Takpe. Kau stay kat situ. Nanti aku turun. Kau ada kat restoran mana?”

“Restoran? Laksa Shack boleh?”

“Okay. Aku turun ni. Kau orderlah dulu. Kau tahu kan apa yang aku suka?”

“I always remember lah. Don’t worry.”Aku senyum. Bestfriend. Aku tahu apa yang Am suka, dan Am tahu apa yang aku suka.

“Kalau macam tu. See you.”aku menekan punat merah. Aku menuju ke arah eskelator. Malaslah nak tunggu lif lagi.

*************

“Darian. Weh, bro. Kau ape cerita sekarang ni? Lama tak jumpa.”Wadi tepuk bahu Darian.

“Oh.. kau.. Er,.. Kau sape ek?”Darian kerut dahi. Serius. Memang dia tak ingat langsung mamat depan dia ni. Setahu dia, dia takde kawan berserabai macam mamat ni. Siap berjambang lagi. Eh, ke.. ade?

“Mangkuk betul kau. Takkan kau lupa? Aku.. kacip kau time tadika.”Tadika? Gila kuat ingatan mamat ni. Dia sendiri pun dah tak ingat siapa kawan-kawan time tadika. Yang dia ingat pun sorang je. Naimah. Budak tadika paling cute. Yang lain.. haram dia nak ingat.

“Oh.. aku ingat. Tadi saja je aku nak acah kau.”Darian senyum-senyum. Tangannya garu kepala yang tak gatal.

“So… Ahmad, kau kerja apa sekarang ni?”laju je Darian bertanya. Kawan-kawan dia banyak nama Ahmad.. Mana tau mamat depan dia ni nama Ahmad jugak.

“Ahmad tu nama bapak aku lah. Aku ni Wadi. W.A.D.I. Wadi.. Takkan kau lupe?”

“Oh, Wadi. Ya Allah. Macam mana aku boleh lupa. Bestfriend aku. Kau kan yang selalu nangis bila orang buli dulu? Aku jugak yang selalu pujuk kau. Wadi.. Wadi.. Macam-macam kau ni.”Darian geleng kepala.

“Bukan kau ke yang selalu nangis dulu?” Wadi angkat kening. Si Darian ni memang cari pasal betullah. Padahal dulu time kecik-kecik Darian lah budak lelaki yang paling kuat nangis. Pantang kena buli sikit.

“Oo..Er..Erm.. Eh? Kita lupa jelah kisah dulu-dulu ni. Buat apa nak ungkit. Kau sekarang kerja apa?”sekali lagi Darian mengulang soalan yang sama.

“Aku sekarang ni jadi doctor…”

“Doktor?”soal Darian kuat. Terkejut. Doktor? Doktor apa berjambang macam ni. Biar betik! Aku yang hensem-hensem ni pun layak jadi cleaner je…

“Aku tak habis cakap lagi lah. Aku jadi doctor telefon. Sekarang aku bukak kedai repair telefon. Hari ni pun, aku baru je bukak cawangan baru aku kat mall ni.”

“Oh..”ujar Darian sedikit lega.

“Kalau kau ada masalah dengan phone kau, hantar jelah kat aku. Aku bagi discount.”

“Eh, takpelah. Aku.. kalau phone ada prob je aku beli yang baru. Leceh la nak main repair-repair ni.”

“Oh..”Wadi diam.

“Oh ape?”

“Aku lupa.”

“Lupa?”

“Kau orang kaya..”

“Mengarut lah kau.”

“By the way, sekarang ni kau kerja apa? Baju yang kau pakai ni macam baju………..…Cleaner jek.”lambat-lambat Wadi bertanya. Bimbang Darian terasa.

“Aah. Memang aku kerja cleaner pun.”jujur Darian mengaku. Buat apa nak malu. Kan?

“Bukan ke kau orang kaya.”soal Wadi pelik. Setahu dia, Darian ni orang kaya. Kalau dekat tadika dulu, memang barang-barang Darian lah paling grand. Pencil box bertingkat-tingkat. Bentuk kereta lah. Bentuk robot lah.

“Orang kaya takleh kerja cleaner ke, Bro?”Kali ni Darian tepuk bahu Wadi.

“Aah.. kan.”

“Dah.. jom makan. Aku belanja.”

“Kau ada duit ke? Kau kan cleaner.”

“Cleaner yang kaya.”Darian senyum.

“Kau tunggu jap sini. Aku nak pergi toilet. Tukar baju. Karang kantoi ponteng kerja dengan boss aku.”ujar Darian sebelum menuju ke toilet. Mujur dia pakai t-shirt putih disebalik uniform cleaner ni. Senang sikit. Nak-nak seluar pun dia dah pakai jeans. Tak payah nak tukar-tukar.

***********

“Kita nak makan kat mana?”soal Wadi pada Darian.

“Kat mana eh.. Kejap.. Aku fikir.”Darian memerhati keadaan sekeliling. Pizza Hut, Mc’D, KFC, Kenny Rogers, Big Apple, Laksa Shack. Mana satu nak pergi ni? Semua macam sesak je. Dia malas nak tunggu lama-lama. Mata dia sekali lagi memerhati kedai Laksa Shack. Lama. Hah. Dah tau dah.

“Kita gi Laksa Shack je lah. Kau nak tak?”Darian pandang Wadi. Kalau kau taknak pun, aku akan pergi sana jugak.

“Okay jugak. Aku pun terliur dah ni nak makan laksa.”kaki mereka melangkah ke kedai Laksa Shack.

***********

“Ouch. Panasnya..”aku cepat-cepat meneguk air. Lidah aku terasa melecur. Sakitnya..

“Tulah.. gelojoh sangat. Nak makan tu, cuba la sabar sikit. Tiup dulu. Ni tak..”bebel Amsyar.

“Ye2. Aku tahu lah. Bising je kau ni.”marahku. Orang tengah melecur lidah ni, dia marah-marah pulak.

“Am!”jerit Wadi kuat.

“Oih. Wadi. Kau buat apa kat sini? Mari lah join sekali.”pelawa Amsyar ikhlas. Dia memang dah kenal pun dengan Wadi ni. Kira kawan sebusiness jugak lah. Kalau dia rosak phone, dia hantar dekat Wadi. Kalau Wadi rosak computer, Wadi hantar kat dia.

“Join korang boleh ke?”Wadi pandang perempuan yang sedang minum air tu. Awek Am kot.

“Boleh je. Duduk lah.”Aku senyum semanis mungkin. Kawan Am kawan aku jugak. Buat apa nak berkira.

“Okaylah kalau macam tu. Tapi aku pun ada bawak kawan jugak. Tadi dia gi toilet. Haa.. tu dia.”Wadi melambai-lambai tangan pada Darian. Aku tekun memakan laksa yang dipesan. Perut yang berbunyi perlu diisi segera.

“Ni kawan aku, Am. Am ni Darian.”Amsyar dan Darian saling berbalas salam.

“Oh, ni pulak kawan aku. Bella. Bella, ni Wadi, Darian.”Aku angkat kepala. Aku senyum pada Wadi dan senyumanku mati bila nampak muka Darian. Darian pulak senyum padaku. Bukan main lebar lagi.

“Duduklah..”jemput Amsyar. Wadi duduk berhadapan dengan Amsyar, Darian pulak berhadapan dengan aku.

Setelah selesai memesan makanan, Darian, Wadi dengan Amsyar kembali berbual. Aku pulak sekadar diam. Nak menyampuk aku tak reti. Bila diorang gelak, aku gelak. Bila diorang diam aku lagilah diam. Aku nak makan pun rasa tak selesa. Yelah, kalau dengan Am aku dah biasa. Makanlah macam mana pun dengan Am, aku tak rasa segan sangat. Tapi dengan mamat dua orang ni rasa segan nak mati. Aku ni dah la kalau makan jenis yang tak senonoh sikit. Comot-comot lah. Tumpah lah.. Hiish.

“Kenapa tak makan, Bella? Nanti sejuk tak sedap pulak laksa awak tu.”tegur Darian sambil senyum. Aku jeling Darian tajam. Berani pulak dia nak tegur aku.

“Tak.. Saya nak makan lah ni.”aku mengangkat sudu dan garpu. Laju je laksa masuk ke dalam mulutku.

Ada laksa lah kat pipi awak tu.”Darian hulurkan tisu. Aku mengambil dari tangannya. Wadi dengan Am masih lagi syok bersembang.

“Yeke? Kat mana?”soalku gelabah.

“Kat belah kiri..”tanganku dialih ke pipi kiri.

“Atas sikit.. tak.. bawah lagi.. tepi sikit… sikit lagi.. tak… lagi atas.. kanan sikit.. awak pusing tangan awak 45 darjah.. tak maksud saya 36 darjah..90 darjah.. 180 darjah..”

“Apasal ni?”Amsyar menyampuk. Pelik jugak bila dia tengok Bella bukan main beria lagi mengesat pipinya dengan tisu.

“Am, ada laksa ke kat pipi aku?”soalku pada Amsyar. Dari tadi lagi aku dengar instruction Darian ni takde pun laksa yang jatuh dari pipi. 180 darjah la ape la..

“Laksa? Takdelah. Mana ada apa2 kat pipi kau tu.”pantas aku memandang Darian yang sedang khusyuk menghirup laksa.

“Sedap kan laksa ni?”ujar Darian seperti takde apa2 yang berlaku. Argh.. sakitnya hati aku.

“Assalamualaikum.”suara seseorang menegur kami berempat. Masing-masing mendongakkan kepala.

9 comments:

  1. wahhh!!!! best2 sambong arr cepat cket tau..
    sape lak yang datang 2...hehe

    ReplyDelete
  2. kelakar siot.. sambung sambung..hehehe

    ReplyDelete
  3. cter nie best....cepat2 smbung ehhhhhhh

    ReplyDelete
  4. kah....................lawak tul darian ni. best.....best... nak lagi...................

    ReplyDelete
  5. wah!!!
    bst cgt2,,
    sambong r..
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. best le...sambug ek

    ReplyDelete
  7. crpt le sambung!!!!!!!
    dah lama sy tunggu tpi
    tak smbunglagi!!!!!!!
    cpat le!!!!!

    ReplyDelete
  8. klaka la cte ni...
    x pape si durian 2....

    ReplyDelete
  9. hahahahaaa.....lawak2...ade pulak 90darjah..180darjah...kahkaha.....lawak2...best!!!!!!!!!!

    Sufi (",)

    ReplyDelete