Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Monday, December 13, 2010

Dia Salihin 1

“Nama?,”

“Syazwi….,”

“Hei…nama penuh.Cepat cakap….,”aku mengarah garang.

“Err…Syazwi Salihin….,”dia bersuara sedikit teragak-agak.

“Umur?,”aku mengeluarkan pertanyaan sambil mencatatatkan sesuatu di dalam buku nota.

Diam….

Aku mengangkat kepala.

“Aku tanya nie….,”satu jelingan tajam aku hadiahkan buat dia.

“Nak buat apa?,”jejaka itu menelan air liur.

Takut ke bang?Rasa nak tergelak dekat situ juga.Jangan risau Syazwi.Saya tak makan orang.

“Suka hati aku la…kalau orang tanya…jawab.Kau nie tak belajar dekat sekolah?Cikgu tak pernah ajar?,”

“18….,”

Aku tersenyum.

“Alamat?Kau tinggal dekat mana?Eehh…kau nak pergi mana?Aku tak habis cakap lagi…,”aku menahan Syazwi.

Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Err…saya nak pergi kelas.Kelas saya dah start…,”

Aku menjengilkan mata.

“Apa?Pergi kelas?Aku nie senior kau…jadi tolong hormat sikit.Selagi kau tak habis jawab soalan aku…jangan mimpi la kau nak pergi kelas kau tu…alamat rumah?,”

“No.12..Jalan Orked,Taman Perdana,”jejaka berkulit cerah itu menjawab perlahan.
Mission complete…Aku tersengih.

“Ha…macam nie la bagus…kau tu junior.Sedar sikit..Terima kasih ye…,”aku memasukkan kembali buku nota yang dipenuhi dengan butiran peribadi Syazwi ke dalam beg sandang.


***********************

“Tengok…aku tahu semua pasal dia.,”aku bersuara bangga.Maklumat berkaitan Syazwi aku hulurkan kepada Alani dan Arena.

“Perghh…gila berani kau!,”Alani bersuara kagum.

“Ye ker nie?Tipu la..entah-entah kau main reka tak?,”Arena pula tak percaya.

“Hei…nie Sun la…,”

“Tapi kan..kenapa la dia tu bendul sangat?Apasal dia bagi biodata dia dekat kau?,”

“Dah aku yang minta.Kau tak tengok muka dia masa tu.Takut-takut.Aduhai…comel betul,”aku menopang dagu.

“Heh..comel pekebende?Pengecut namanya tu..lagi kau cakap apa dekat dia?,”Alani mencemikkan bibir.

“Aku cakap aku nie senior dia…,”

“Haha..patut la dia takut.Woi…kau nie jahat la.Kita bukan sama umur dengan dia ker?,”Alani dan Arena sama-sama ketawa.

“Memang la…,”aku turut ketawa.Seronok juga sekali sekala memperbodohkan orang.Aku bangun.Kaki aku bergerak menuju ke meja belajar.

Laptop segera ku buka.

Tadi aku jumpa dia…Syazwi…;)

Macam biasa.Update status dekat facebook.

“Kita baru aje semalam daftar masuk dekat u nie..Cepat betul kau jatuh hati ye?,”Alina menepuk bahu aku.

Aku tersenyum.

“Inilah namanya cinta pandang pertama….,”

“Dia ambil course apa?,”

Aku menepuk dahi.

“Alamak!Aku lupa la nak tanya…,”

“Nombor telefon dia?,”Arena pula menyampuk.

Muka aku masam mencuka.Urgh…nombor telefon dia.Benda penting macam tu pun aku boleh lupa?

*********************************

Aku mencari di seluruh perpustakaan.Namun hampa.Batang hidung Syazwi langsung tidak kelihatan.Nak tanya siapa?Aku mengampiri beberapa orang pelajar yang sedang belajar dalam kumpulan.

“Kenal tak Syazwi?,”

“Syazwi?Tak kenal.Sorry…,”pelajar perempuan itu menjawab jujur.

“Tak apa la kalau macam tu.Terima kasih…,”aku meminta diri.

Dalam universiti nie ada lebih 2000 orang pelajar.Padan lah dia tak tahu.Aku berjalan di sebalik rak-rak buku.

Mata aku terpaku pada seseorang.Syazwi!Aku bergerak menuju ke arah dia.

“Kau ambil course apa?,”aku bertanya dalam nada yang perlahan.Ini kan perpustakaan.

“Hah?,”Syazwi sedikit terkejut.Agaknya terkejut kot bila nampak muka aku.

“Kau ambil course apa?,”

“Err..erm..,”

“Erm?Course erm?,”pebende tu?Tak pernah dengar pun.

“Eh..er tak…syariah..kenapa kak?,”suaranya turut perlahan.Sama nada dengan aku.
Syariah?Oh…hati aku makin cair.

“Nombor telefon?,”

“Nak buat apa?,”dia bertanya penuh syak wasangka.

Aku mengetap bibir.Payah nie.Fikiran aku berpusing mencari idea.Apa?Nak beritahu dia apa?Ini peraturan universiti nie…semua pelajar baru kena bagi nombor telefon dekat senior.Ah.Nampak sangat la menipu.Habis tu?Nak kena cakap apa nie?
Serabut betul.

“Bagi aje lah…,”aku berkata sedikit keras…

“014XXXXXXX,”

Yes!Yes!Bukan susah sangat nak suruh dia bagi.Kena tunjuk garang sikit..

**************************************

“Okey….ini lah masanya….014XXXXXXX,”aku menekan nombor pemberian Syazwi itu lambat-lambat.

Jantung aku berdegup kencang.Lambatnya.Bila lah dia nak angkat telefon.

“Helo…,”suara lelaki yang jawab.

“Oh hye Syazwi…,”aku menunjukkan isyarat bagus kepada Alani dan Arena yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.

“Apa Syazwi?Ini Muthusamy..…,”suara lelaki berketurunan India kedengaran.

“Hah?”aku sedikit terkejut.Telefon bimbit aku jauhkan.Betul lah nie…tadi aku tekan
nombor telefon Syazwi.

“Err…maaf..saya salah nombor..,”aku menekan butang merah.Alani dan Arena menghampiri aku.

“So?,”

“So apa?Dia tipu aku!!!!!,”aku menjerit geram.

Tawa Alani dan Arena memenuhi ruang bilik asrama yang dihuni oleh kami bertiga.Aku memandang dengan perasaan sakit hati.Apa punya kawan la.Bukannya nak bersimpati dengan aku.

************************************

Aku,Alani dan Arena bergerak turun dari asrama tempat penginapan kami.Aku membelek jam di tangan.Pukul 2 pagi.Ada lah benda akak senior nie nak buat dajal dekat kitorang.Al maklumlah…minggu orientasi kan baru nak bermula.

Alani dari tadi menguap.Kalau tak sebab kak Zety menjerit suruh kitorang turun..aku pun tak nak turun.Lebih baik tidur atas katil yang empuk tu.Tapi tu la…kak Zety tu ganas orangnya.Dia tahu aku nie liat nak bangun.Sanggup pula cubit-mencubit.Kejam.
Aku menggosok-gosok bahu.Masih terasa sakit dek cubitan kak Zety.

“Nie kita nak pergi mana nie?,”aku bertanya Alani.

Alani menjungkitkan bahu.

“Kak Zety suruh semua pelajar junior pergi dewan…,”Arena pula menjelaskan.
Aku terangguk-angguk.Semua pelajar baru pergi dewan?Ohh…jadi semua orang la ada nie?Syazwi pun ada sama?Mati aku!Dia mesti duk gelakkan aku.

“Aku tak nak pergi!,”aku menarik bahu Alani.

“Kau jangan nak cari penyakit.Takkan tak serik-serik kena cubit?,”Arena menarik tangan aku kuat.

“Lepaslah…aku nak balik tidur!,”aku meronta kuat.Rontaan aku mula perlahan apabila mataku menangkap kelibat seseorang yang aku kenal.

Aku pandang Syazwi.Dia sedikit terkejut.

“Hye….,”aku tersengih.

Dia memandangku sekilas sebelum bergerak pergi.Sombong!Tapi tak apa…aku suka.Senyuman ku meleret.

“Nak gi tak nie?,”Alani bertanya sambil bercekak pinggang.

“Jom….,”aku bergerak laju meninggalkan Alani dan Arena.

*********************************

“Okey..akak akan bagi korang dalam kumpulan.,”kak Zety memberitahu kami.
Aku pandang Syazwi.Harap-harap aku dapat satu kumpulan dengan dia.

“Kumpulan pertama…Yin,Syazwi,Ridhuan,Raqwan,Nazrina,Qardhatul…dan…,”

“Saya!!Saya!!Saya nak masuk kumpulan satu akak!!!!,”aku bangun sambil mengangkat tangan.Semua orang memandang ke arah aku.

Aku menelan air liur.Lambat-lambat aku tunduk memandang lantai.

“Duduk la..kau nie buat malu kitorang aje…,”Alani menarik-narik baju aku.
Kak Zety ketawa.

“Qardhatul dan Sumaiya…kumpulan satu.Jangan risau ye dik.Nama adik dah memang ada dalam list nie.Tinggal nak kena sebut aje..,”

Ah..lembap betul kak Zety nie.Apasal la tak sebut cepat-cepat sikit?Buat malu aku je.Ni mana nak letak muka aku nie?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sebelum duduk semula di atas kerusi.
Akhirnya…sememangnya aku dan Syazwi memang di takdirkan untuk hidup bersama.Kami memang ada jodoh.

Setiap kumpulan ditugaskan membuatkan tugasan.Tugasannya nak kata senang..tak lah senang sangat.Susah?Susah bagi kumpulan kami.

Diam…Sepi…Kumpulan lain dah mula berbincang dan riuh-rendah.Aku pandang ahli kumpulan aku seorang demi seorang.Apasal tak cakap?Pandangan mata aku jatuh pada Syazwi.

“Bila kita nak bincang?,”aku bertanya.Pandangan aku masih lagi tertumpu pada Syazwi Salihin.Dia tengah tunduk.Aku tak boleh nampak muka dia.

“Err..saya rasa kan..kita..kita tak payah buat,”Qardhatul menjawab lambat-lambat.Dia tersenyum memandang kea rah ku.

“Kenapa dia tu?,”aku tanya lelaki yang duduk di sebelah Syazwi.

“Oh..Syazwi?Dia memang macam nie..Mengantuk kot.Tengah tidur la tu..,”Raqwan ketawa.
Aku tersenyum.Alahai..comel nya perangai.

Seminit…dua minit…lepas sahaja perbualan aku dengan Raqwan tamat.Kumpulan kami mula sunyi sepi.Sungguh tak adil!Kenapalah aku ditakdirkan sekumpulan dengan diorang nie.Qardhatul dulu sekolah agama.Awal-awal lagi dia cakap dengan aku.Dia tak berapa selesa sekumpulan dengan orang lelaki.

Boleh dikatakan diorang semua dekat sini pemalu.Syazwi pula dari tadi tidur.Tak bangun-bangun.Cubaan…sabar Sun.Ini lah namanya cabaran dalam percintaan.Aku mengeluh.Tangan aku bermain-main dengan marker pen.Qardhatul bermain-main dengan anak kemuncut.Entah dekat mana dia jumpa.Dekat kain baju kurung dia kot.

Raqwan dengan budak-budak lelaki yang lain buat hal sendiri.Kebanyakan mereka lebih suka memandang kumpulan lain berbincang.

“Err..korang tak nak bincang ker?,”aku bersuara perlahan.

Tiada jawapan.Huh.Aku dah agak dah.Mata aku menjeling kea rah Alina dan Arena.Mereka satu kumpulan.Kumpulan diorang nampak ceria.Jeles betul aku.

“Hei!!!Korang nie kenapa?Kenapa tak mula lagi?Orang lain dah nak siap!,”suara kuat kak Zety yang membingitkan telinga menyapa aku.

Aku sedikit tersentak.

Masing-masing mula diam membisu.Kalau tadi Syazwi tidur…sekarang dia dah bangun.Matanya kuyu.Biasalah.Rupa orang baru bangun tidur.

“Cepat bincang!!Kalau tak siap akak siapkan korang.Tahulah nanti akak nak buat..,”kata-kata itu berbaur amaran.

Lepas kak Zety pergi.Barulah masing-masing mula bersuara.Aku menarik nafas lega.

“Err..so kita nak pilih haiwan apa?,”suara Qardhatul bertanya.Suaranya sedikit kuat.Macam meminta pendapat semua yang ada dalam kumpulan nie..tapi mata dia asyik memandang aku.Segan agaknya.Nazrina pula payah nak menjawab soalan orang.Nak dengar suara dia sepatah pun susah.

Diam lagi.Pertanyaan Qardhatul langsung tiada respon.Kumpulan nie memang membosankan.Nasib lah ada Syazwi dekat sini.Sabar ye Sun.

“Kita pilih beruang aje la,”aku tolong mereka untuk membuat keputusan.Kerja yang diarahkan oleh kak Zety sebenarnya senang aje.Setiap kumpulan kena pilih seekor haiwan yang menggambarkan kumpulan tu.Lepas tu lukis gambar haiwan berkenaan atas kertas mahjung.

Kemudian…lepas ini barulah akan ada sesi pembentangan.Cerita pada semua orang..kenapa pilih haiwan tu.Senang kan?Tapi bila dah sekumpulan dengan diorang nie…kerja yang senang jadi susah.

Mereka tak berkata apa-apa.Agaknya setuju lah kot?

“Siapa nak lukis?,”Raqwan bertanya sedikit teragak-agak.

Ha ah ye?Beruang?Siapa nak lukis.Aku pandang Syazwi.Dia tengah menguap.Senyuman terbit di bibir aku.Inilah masanya Sun.Tunjukkan pada dia yang kau nie hebat.

“Tak apa..biar aku lukis,”aku menawarkan diri.Pen marker yang dihulurkan Raqwan segera aku ambil.

Aku mula melakar-lakar.Ahli kumpulan yang lain memerhati dengan tekun.Ah…apasal kaki beruang nie besar sebelah.Takpe..takpe…kaki aje besar sebelah.Mata dia sepet la pulak.Aku tergaru-garu.

Aku mengambil marker merah.Aku nak buat beruang nie nampak comel.Biar dia pakai lipstick sikit.Alamak!Tebal lah pulak bibir dia.Sedih-sedih.Baru hari aku faham kenapa cikgu dekat sekolah aku dulu beria-ria tak nak bagi aku ambil mata pelajaran seni.

“Err..Sun…ini katak ker?,”



Aku pandang Qardhatul tajam.

6 comments:

  1. best..best..c0mel la plak sun tu..huhu..adoyai..blh plak wt muka xmalu cmtu..haha ;p
    nway..nice writing =) cm ad pgalaman je..hehe

    ReplyDelete
  2. pecah perut akak dibuatnya...............aduhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. kakakaakakaahhhhh....lawak2...buleh plk kuar gmbr cenggitu?...kahakahhh....

    sufi (",)

    ReplyDelete
  4. hahhaha
    bapak kelaakaar gilerr!! ;)

    ReplyDelete
  5. hurm..xpaham jalan cerita..so, npe ngn gmbr

    ReplyDelete