Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Sunday, March 20, 2011

Dia Salihin 12

Aku menguap.Mengantuk.Entah pukul berapa semalam aku terlelap.Jam loceng di tepi meja aku capai.

Dah tengahari?Mak eih…gila lama aku tidur.

Aku lekas-lekas berkejar ke dalam bilik air.Tak sampai 5 minit,aku keluar.Dah siap mandi.

Baju-baju di dalam almari aku telek lama.Nak pakai baju yang mana?Pakai aje lah dress warna hitam tu.

“Pagi ma!,”aku buka tudung saji.

“Pagi apanya?Tak tengok jam pukul berapa?Apa nak jadi lah dengan kamu nie.Nasib baik kerja sendiri.Kalau tak mama rasa dah lama kena pecat,”mama sibuk memasak.

“Mama yang tak gerak,”

“Macam nak gila mama ketuk bilik kamu.Bukannya kamu nak sedar.Kalau dah tidur mati,macam tulah gayanya,”

Aku mencemik.Iye ke mama ketuk?Kenapa aku tak dengar apa-apa pun?

“Ma…tak ada breakfast ke?Sun dah lapar nie…,”

“Dah habis…siapa suruh kamu bangun lambat?,”

“Kenapa mama tak simpan?,”

“Selama nie bukan kamu selalu breakfast dekat luar?Awat tiba-tiba gedik nak breakfast kat rumah?,”

Muka aku cemberut.Masam.Nak breakfast dekat rumah pun salah.

“Umph..tak apa lah.Sun pergi makan luar.Bye…,”aku membimbit high heel ke pintu depan.

“Nanti jap Sumaiya…,”

Aku memberhentikan langkah.Pandang muka mama.

“Kamu nak pergi mana lawa-lawa macam nie?Selalu kamu pakai dress hitam tu kalau ada event aje..,”

Aku senyum panjang.

“Saja…,”dalam maknanya.Fikiran aku teringat muka Syazwi.

“Baik kamu cakap elok-elok dengan mama..,”

“Sun nak ajak orang kahwin..”

“Kamu serius?,”mata mama terbeliak.

“Serius lah ma….,”ujarku pula sambil ketawa.

Mama menghampiri pintu depan rumah.Aku pandang aneh.High heel yang aku pegang mama ambil.Pintu rumah mama kunci.

“Kamu jangan pergi mana-mana hari nie.Itu apa dekat tangan tu?,”mama mula memuncungkan mulut.

“Cin…cincin…,”aku berkata sedikit teragak-agak.

Mama ternganga.

Tangan aku ditarik.

“Betul kamu nak pergi pinang orang?,”

Aku mengangguk.Aku tak pernah main-main.

“Sun!!!Ya Allah budak nie..kamu jangan nak buat malu mak.Kamu masuk bilik sekarang!,”

“Kenapa pula ma?Sun nak pergi keluar makan nie,”aku memprotes.

“Keluar makan ke nak pergi keluar bagi cincin?Hish.nasib baik lah mama tanya kamu.Kalau tak tanya…agaknya memang kamu dah pergi lamar budak tu..,”tangan aku ditarik kuat.Aku cuba untuk menarik,tapi gagal.Pegangan mama sungguh kejap.

“Kak Milah!!Sini jap!Tolong saya bawa Sun masuk bilik!!,”

“Ma!!!,”jeritan aku makin kuat.Mak cik Milah yang dah lama jadi pembantu rumah di sini ikut membantu mama menarik aku ke dalam bilik.

*********************************

Tombol pintu bilik aku pulas.

Tak boleh bukak.Memang mama dah kunci.Sekali dengan mangga lah kot.Sampai hati mama.

“Ma!!!Sun lapar!!!,”aku menjerit kuat.

“Tadi bukan mama ada bagi oat?Kamu makan aje lah,”suara di luar menyahut.

Aku menghentak kaki.Oat tu memang dah habis aku telan.Saja cari alasan supaya mama buka pintu bilik nie.

Letih berdiri aku duduk.Handset sudah aku offkan sejak semalam.Fayyad tak habis-habis telefon.Berpuluh-puluh mesej dia hantar.

‘Kita tak pernah gaduh kan?Kenapa you buat I macam nie?’

‘Please answer my call’

‘Sun….’

‘Setiap keputusan ada sebabnya..I nak dengar dari mulut you sendiri,”

Bla bla bla…Aku dah buat keputusan.Dan keputusan aku muktamad.Tak ada orang yang boleh mempertikaikan keputusan aku tu.

Sekarang ini aku tak punya handset.Mama dah rampas.Tak dapatlah minta tolong dengan pak Su.Nasib baik semua mesej yang Fayyad hantar aku dah delete.Kalau tak entah apa tanggapan mama.Yang mama tahu aku tengah bercinta dengan kawan pak Su.Gordon.

Aku duduk di birai katil.Baru aje nak makan tengahari dengan Syazwi.Mesti dia risau kalau aku tak datang jumpa dia kan?

“Sun??,”mama mengetuk pintu.

Aku bangun.Berlari segera di pintu bilik.

“Kenapa ma?Ma nak buka pintu dah ke?,”muka dah mula bercahaya.

“Siapa nama budak tu?Siapa orang yang kamu nak pergi pinang tu?,”

Uh?

“Mama nak buat apa?,”aku dah rasa risau.Suara mama serius.

“Mama tanya siapa.Susah sangat ke nak jawab?,”

“Tak.Sun tak akan bagitahu mama,”aku risau kalau Syazwi diapa-apakan.Tindakan mama sukar untuk diagak.

“Sun…lebih baik kamu beritahu.Kalau tak seminggu mama kurung kamu!,”

Aku telan air liur.Seminggu mama nak kurung aku?Boleh mati kerinduan la aku.Nanti aku tak boleh tengok muka Syazwi.

Tapi kalau aku beritahu mama…Syazwi macam mana?

“Tak!!Sun tak nak beritahu!,”aku sayang kan Syazwi.

“Sumaiya..jangan menyesal kalau mama nikahkan kamu dengan kawan pak Su,”

“Siapa?,”aku jadi tidak sedap hati dengan ugutan mama.

“Gordon….,”

“Ma!!Sun dah tak ada apa-apa dengan dia.Sun suka Syazwi!,”

“Oh…jadi nama dia Syazwi?,”

Aku jadi kalut.

“Ma!!Ma jangan buat apa-apa dengan dia,”

Diam.Tiada balasan dari sana.

“Oh..dia kerja dekat Jalan Putra”aku dengar suara mama.

“Macam mana mama tahu?,”aku jadi pelik.

“Mama hantar mesej dekat Raqwan guna handset kamu.Dia bukan kawan kamu?Tak sangka pula dia balas”aku dengar mama ketawa.Seronok.

“Ma!!!!,”aku tetap menjerit panggil mama.Mama tetap tidak menyahut.Raqwan nie pun satu.Selama nie aku hantar mesej sombong.Aku pernah tanya dia alamat Syazwi bukannya nak balas.Masa sekarang la pula dia nak tunjuk baik.

Aku menyandarkan diri di pintu.Mataku mula kuyu.Rasa mengantuk datang tiba-tiba.

Tok!Tok!Tok

Aku membuka mata.Terlelap pula.

“Sun..kenapa ada manga dekat pintu nie?,”

Pak Su!!!Aku jadi lega.

“Mama kurung Sun…pak Su boleh tolong bukak tak?Mama ada dekat mana sekarang?,”

“Mama baru aje keluar.Kenapa tiba-tiba mama kurung?,”

“Err…adalah tu mama marah.Pak Su boleh tolong bukak pintu nie?,”

“Mesti mama marah pak Su kalau pak Su bukak,”

“Pak Su dah tak sayang Sun?,”

“ Hrm..mula lah tu.Yalah.Pak Su try bukak…tepi sikit..pak Su nak pecahkan pintu nie,”

“Apasal tak mintak kunci dengan mak cik Milah?,”aku bertanya pelik.

“Sun ingat mak cik Milah nak bagi?Dia tu dengar cakap mama Sun je…,”

Aku bergerak ke tepi memberikan laluan untuk pak Su memecahkan pintu bilik.

“Okey pak Su.Sekarang..,”aku memberikan arahan.

Dumn!!!

Pintu terbuka.Aku segera berlari keluar.

“Nak pergi mana tu?.”

Aku pandang pak Su.

“Lari.Kalau mama balik..nanti Sun kena kurung lagi…,”

Pak Su senyum.

“Nah.Pergi Sheraton Hotel.Pak Su selalu sewa bilik dekat situ,”kunci bilik bernombor 302 pak Su hulurkan pada aku.Aku ada banyak soalan yang hendak ditanya pada pak Su.Bukan pak Su dah ada apartment dia sendiri?Kenapa masih tinggal di hotel?

Pak Su masih lagi dengan perangai lama dia?Usung perempuan ke hulu ke hilir?Aku rasa anggapan ku yang terakhir itu adalah paling tepat.Pak Su tak akan pernah berubah.Tetap seorang kasanova.

Tapi aku sedang mengejar masa.Soalan yang bermain dalam fikiran aku tak mampu untuk aku luahkan.Bimbang kalau mama tiba-tiba pulang.

*******************************************

Aku menguak pintu kaca.Dari jauh Fatima sudah kelihatan.Sedang berborak di telefon.Kotak cincin aku pegang di tangan.Mujurlah mama tak rampas cincin aku nie.

Aku melangkah yakin ke arah Fatima.Mejanya aku ketuk dua tiga kali.Fatima yang masih bercakap di telefon menjauhkan gagang.

“Nak apa?,”

“Syazwi ada?,”

Dia menjelingku sekilas sebelum menyambung.

“Tak ada.Dia kena kerja luar.Seminggu,”telefon diletakkan.

Aku pandang tak percaya.Tipu.Fatima nie bukannya boleh percaya sangat.

“Lah…dia tak beritahu you ke?Kesiannya…,”Fatima menggelakkan aku.Dia berhenti ketawa bila ada seorang lelaki menghampiri mejanya.

“Encik Lok dah masuk office?,”lelaki itu dalam usia 30 an.Nampak sibuk.Banyak kerja kot.Langsung tidak menghiraukan aku yang tengah berdiri nie.Dia sibuk bertanya pada Fatima.

“Err..tak tahu lah encik.Saya tak perasan..,”Fatima bersuara takut-takut.

“Tak perasan?Awak kan duduk depan pintu nie?Awak buat apa?Berangan?,”lelaki itu mula meninggikan suara.

Fatima hanya tunduk.Langsung tidak membalas kata-kata orang tu.

“Hish..ada pekerja tak boleh harap…lebih baik awak pergi hantar surat resign la,”dia berlalu pergi.

Fatima masih menundukkan muka.

Aku ketawa.Sengaja ketawa kuat-kuat.

“Kesian kan?Kena marah ye…,”

“You ingat apa?Lawyer tu berlagak gila tau.Fauzan ingat I kerja apa?I pun banyak kerja lain juga.I bukan penjaga pintu.Dah lama I bersabar dengan dia..,”Fatima dah angkat muka.Dengar macam tengah marah…tapi macam tengah luah perasaan dia pada aku.

Aku tersengih.

“Ala..marah tu kan tanda sayang…,”aku sengaja mahu mengusik.Sengaja ingin membangkitkan kemarahan Fatima.

“Tolong lah…you jangan nak buat I muntah tengahari nie..eh silap.Dah petang rupanya.Yang you tercegat dekat sini buat apa?Tak nak balik?Syazwi you tu outstation….,”

“I nak balik la nie.Bising betul lah you nie…,”aku mula berjalan.Terasa macam ada benda yang pelik.Tadi aku pegang kotak cincin.Mana perginya?

Aku menghampiri Fatima.Pandang dengan penuh syakwasangka.

“You ambil barang I kan?,”

“Barang apa benda pula?Sengal lah you nie..jangan nak tuduh-tuduh I,”

“Tadi kan I ada pegang.You nampak kan?Kotak kecil warna hitam…,”aku menerangkan.

Fatima geleng kepala.

“I tak perasan..you pergi cari dekat lain.Dekat sini tak ada…,”

Aku pusing belakang.

“You nak pergi mana tu?,”

“Nak tanya lawyer berlagak tu.Mesti dia ambil,”dalam kepala aku dah tak ada orang lain selain dia.Hanya dia yang datang ke meja Fatima.Kalau Fatima tak ambil..mesti dia yang ambil.

Fatima tiba-tiba tarik tangan aku.Kuat.

“You nak mati?Dia tengah hot tu.Jangan nak mengada-ngada.Fauzan tu kaya tahu tak?Tak mungkin dia curi barang you tu,”Fatima memberi amaran.Perlahan tapi tegas.

“Habis tu siapa?,”air mata dah bergenang.

“Ini apa benda nie?Ada orang tercicir barang?,”

Aku dan Fatima sama-sama toleh ke arah belakang.Syazwi menggoyang-goyangkan kotak hitam yang aku bawa tadi.

Aku pandang Fatima.Geram.Fatima sekadar tersengih.Perempuan nie memang tak boleh dipercayai!Syazwi pergi outstation?Banyak lah dia punya outstation.

Aku mendekati Syazwi.Aku menghulurkan tangan.

“Saya punya….,”

Syazwi mengangkat kening.Tengok kotak tu sebelum kembali melihat wajahku sekilas.

“Ye ke?,”

“Ye lah…..,”

“Ada bukti?,”

“Ada nama you dekat cincin tu…,”tipu aje.

“Ha?,”

“Kita kahwin nak?,”yang nie aku tak tipu.

“Hah?,”

6 comments:

  1. hah!
    nak nak nak!!
    syazwi..say yes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. mcm gila je ~SofiyaMNS~

      Delete
  2. "kita kahwin nak?"

    boleh tak aku buat macam sun ni kat 'orang tu'...hahaha

    ReplyDelete
  3. yeay..syazwi plz say yes..hehe..tak sabau tau nk tgu next entry..hehe

    ReplyDelete
  4. hahaa.. syazwi and sun.. yes yes!!.. huhuhu :)

    ReplyDelete
  5. direct jer sun kasi tau...
    hakhakhak....

    ReplyDelete