Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Wednesday, March 30, 2011

Dia Salihin 13

“Saya nak kahwin dengan awak….,”suara Sumaiya makin kuat.

Syazwi terdiam.Fatima yang berdiri di sebelah Sumaiya tercengang.Pekerja-pekerja di situ mula toleh-menoleh untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Sini Sumaiya…ikut saya,”Syazwi masuk ke dalam pejabatnya.Sumaiya mengekori.Syazwi berada di hadapan tingkap.Dia membelakangi Sumaiya..

“Bagi saya satu sebab kenapa saya mesti kahwin dengan awak..,”dia masih menghadap ke arah tingkap.

“Sebab kita saling mencintai,”Sumaiya berkata-kata.Wajah Syazwi berubah merah.Dush.Jawapan yang sangat tepat.Gila pandai Sumaiya nie meneka.

“Mana awak tahu?,”tak nak mengaku.

“Bukan memang macam tu?Walaupun awak tak pernah beritahu saya.Saya tahu apa yang ada dalam hati awak,”Sumaiya berkata dengan penuh yakin.Seratus peratus yakin yang dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Baik..kalaulah awak tahu sangat hati saya…cuba beritahu apa jawapan saya pada awak,”asyik betul aje tekaan dia.

“Sumaiya..jadi isteri saya?,”Sumaiya meneka.Keyakinan yang melampau-lampau.

Syazwi mengukirkan senyuman.Bagus.Tepat sekali.Memang dia nak cakap macam tu.Tapi bila Sumaiya macam dah tahu.Nampak gayanya terpaksalah dia ubah stail jawapan.

“Awak ada self confident.Bagus tu.Tapi tak rasa yang awak nie tamak?Dah ada Fayyad.Tapi masih lagi nak cari saya?..,”saja nak mengusik.Aish Syazwi.Sejak bila perangai kau jadi macam nie.Gatal semacam.Syazwi memarahi diri sendiri.

Diam.Sumaiya tak membalas.Nangis ke?Ah sudah.Habislah mahligai impian yang baru dibincang sebentar tadi.Emak Sumaiya baru aje balik.Dia baru sahaja menghantar emak Sumaiya ke basement parking.

Bila masuk pejabat..kakinya pula terlanggar kotak kecil warna hitam.Teringat pula perbualan dia dengan emak Sumaiya.

Tok!Tok

Setiausahanya muncul di depan pintu dengan seorang perempuan sebaya emak dia.Dia tidak kenal siapa.

“Encik Syazwi..ada orang nak jumpa Encik,”

Syazwi mengangguk.Memberikan isyarat kepada setiausahanya agar membenarkan perempuan itu masuk.

Syazwi mengukirkan senyuman.

“Silakan duduk puan,”

Perempuan itu memerhatikan persekitaran sekeliling sebelum duduk di hadapan dia.

“Puan Hamidah,”perempuan itu memandang wajahnya sambil tersenyum.Senyumannya mirip seseorang.Sumaiya mungkin.Kau memang Syazwi.Kalau dah angau macam tu lah.Semua orang dia tengok senyum macam Sumaiya.Sungguh memang kes parah dah nie.

Bila malam pula asyik termimpi-mimpi Sumaiya.Kalau la abi tahu.Tapi nak buat apa bagitahu abi mimpi dia kan?Memang saja nak cari penyakit la tu.

“Oh..saya Syazwi.Syazwi Salihin.Ada apa-apa yang saya boleh bantu puan?,”dia masih tersenyum.Menunjukkan muka handsome.Puan nie ada masalah perkahwinan kot.

“Tapi sebelum tu…kamu nie peguam syariah?,”perempuan bertudung itu nampak gembira.

Syazwi mengangguk.

Ada riak kelegaan di wajahnya.

“Kamu kenal Sumaiya?,”

Wajah Syazwi berubah.Namun perubahan wajahnya segera dikawal.Dia sekadar mengangguk.

“Aunty nie emak Sumaiya,”

Patutlah!Wajah ada iras-iras.Sebenarnya dari awal lagi dia dah dapat agak.Saja nak tunggu perempuan ni buat pengakuan dulu.

Syazwi tetap diam.Apa patut dia jawab?Kadang-kadang berdiam diri lebih baik dari bersuara.

“Bila Sumaiya sebut nama kamu.Aunty ingatkan kamu nie budak liar.Kamu tahu aje lah perangai Sumaiya tu macam mana.Sebab tu lah aunty nak datang sendiri jumpa kamu.Aunty nak tahu macam mana pilihan Sumaiya,”

Sumaiya sebut nama dia?

Puan Hamidah berhenti bersuara.

“Teruskan aunty.Saya dengar,”Syazwi masih tenang.Hati dah gembira habis.

Apa lagi yang Sumaiya cakap?Syazwi tu handsome?Syazwi comel?Tak sabar dia nak dengar.Relaks Syazwi.Relaks.Tak payah nak melompat dekat sini.Cool.

“Kalau kamu pilihan Sumaiya.Aunty terima.Aunty tahu kamu boleh ubah Sumaiya,”

Syazwi telan air liur.Harapan Puan Hamidah bergunung tinggi.Tanggungjawab itu terlalu besar untuk dia pikul.Dia Syazwi Salihin.Nama aje anak Lebai Mat.Tapi tak ada lah lebai mana pun.Dia mengaku dia tak sebaik abi.

Abi pernah bagi nasihat pada anak-anaknya.Termasuklah dia.Pandang perempuan jangan lebih dari tiga saat.Pandang sekali itu tidak disengajakan.Kali kedua pandang itu bukan tak sengaja dah.Memang sengaja.Namapun nafsu.

Lelaki hanya suka pandang benda cantik.Umpamanya wanita.Nasihat abi yang satu itulah payah sekali untuk diikut.Kadang-kadang terbabas juga mata nie.Mata kan susah untuk dikawal.

Paling susah nak kawal bila berhadapan dengan Sumaiya.Sumaiya punya pakaian tu…hadui.Kalau abi nampak memang abi boleh pengsan.

Nasib baiklah dia sering teringatkan nasihat abi tu.Abi bukan bercakap kosong.Betul kata abi.Itu zina mata.Tiap kali dia ingat pesanan abi..dia akan mengelak daripada pandang wajah Sumaiya lama-lama.

Dia pandang nasi…walaupun nasi tu tak seindah mana.Apa lagi nak cakap?Memang rupa nasi tetap sama dari dulu sampai sekarang.Nasi berasal daripada beras.Lepas masak jadilah nasi.

Dia pandang kertas yang melambak di atas meja.Pura-pura membelek kertas.Pandang batang pen.Memang tak boleh nak fokus.Sumaiya kan ada depan mata.Kalau ikutkan Sumaiya tu patutnya dia halau sebab menganggu kerja dia.

Tapi ye lah.Dia lelaki.Ada hati dan ada perasaan.Nak halau awek yang dia suka?Dia memang tak sanggup.

“Syazwi?,”suara Puan Hamidah mengembalikan Syazwi ke alam nyata.

“Ya aunty..,”

“Pinangkan Sumaiya sebelum dia pinang kamu,”

“Sebab saya dah tinggal Fayyad lah saya cari awak.Saya sayangkan awak.Dari dulu sampai sekarang perasaan saya pada awak tak pernah berubah,”

Sumaiya cakap benda yang betul.Sumaiya betul-betul putuskan hubungannya dengan Fayyad.Dan dia lah sebabnya mengapa mereka putus.Sumaiya sukakan dia.Bagus Sumaiya.Bagus.Dia masih membelakangi Sumaiya.

“Dah la tu.Awak balik.Ambil cincin awak atas meja saya,”

“Kenapa?Awak tak sudi nak terima saya?,”bunyi macam sedih.

“Bukan macam tu…,”susah betul cakap dengan Sumaiya nie.

“Habis tu awak sudi?,”

Tengok tu!Pandai-pandai aje putar belitkan ayat dia.

“Awak balik dulu.Tenangkan fikiran awak.Minggu depan saya datang rumah awak,”

“Kalau awak tak datang?,”

Syazwi pusing depan.

“Saya datang punya…,”dia memberikan jaminan.Macam comfirm aje.

“Kenapa nak datang rumah saya?,”

Banyak tanya pula.

“Adalah benda yang saya nak buat,”segan nak beritahu Sumaiya,Sumaiya…saya suka awak.Tersangat suka dekat awak.

‘Err..Saya tak suka mana dekat awak.Tapi sebab mak awak sampai menangis-nangis nak saya jadi menantu dia.Saya tiba-tiba rasa tak sampai hati nak hampakan dia.Nak tak nak.terpaksalah minggu depan saya suruh keluarga saya pergi pinang awak’

Ayat untuk dia berbohong tidak terluah di bibir.Hanya bermain dalam fikiran.

“Awak nak buat apa?,”Sumaiya masih tak henti-henti bertanyakan soalan.

“Buat lah apa-apa yang patut…awak balik aje.Saya anggap saya tak pernah dengar yang awak pernah ajak saya kahwin,”Syazwi tersengih.

“Jadi awak nak saya lupakan awak?,”

Masa bila pula dia suruh Sumaiya lupakan dia?Sumaiya nie..cuba bukak mata tu luas-luas.Tak nampak dia tengah tersengih?Ini hint untuk Sumaiya.Tak perlu sedih.Sebab kita akan bertunang tak lama lagi.Lepas tu berkahwin.

Agaknya Sumaiya nie tak faham bahasa dia yang terlalu berkias-kias.Tak faham bahasa muka dia.Nak dia straight to the point?

Tidak…sungguh.Ini lah kelemahan dia yang satu.Dia payah nak mengaku cinta.Dia seorang yang pemalu.

“Tak adalah sampai macam tu…,”suara Syazwi perlahan.

Pintu dibuka dari luar.

“Sumaiya!!!Dekat sini kamu?Dah sudah.Ikut mama balik.Maaf ya Syazwi.Sumaiya nie mengganggu kamu,”Puan Hamidah menarik tangan Sumaiya.

“Sabar jap ma.Sun tak habis cakap lagi nie…,”Sumaiya masih ingin berdiri di situ.Puan Hamidah menoleh ke arah dia.Tangannya masih lagi menarik tubuh Sumaiya.

“Syazwi…Sumaiya tak ada cakap benda yang bukan-bukan kan?,”

“Er..tak aunty.Tak.Sumaiya cuma datang melawat saya,”Syazwi cepat-cepat menggeleng.Puan Hamidah tak perlu tahu.Kalau Puan Hamidah tahu telahannya benar..mesti dia rasa malu.

Jadi biarlah ini hanya menjadi rahsia dia dengan Sumaiya.Err..rahsia dia,Sumaiya dan Fatima yang mungkin terdengar tadi.

*******************

“Along…,”Syamera menerjah masuk ke dalam biliknya.Syazwi cepat-cepat menyimpan kotak cincin ke bawah bantal.Sumaiya yang tinggalkan cincin tu atas meja pejabat dia.Dia dah suruh Sumaiya bawak balik…tapi iye lah kan.Sumaiya bukannya nak dengar cakap dia.

“Along buat apa tu?,”Syamera menghampirinya.

Syazwi sekadar tersenyum.Nasib baiklah tak terkantoi depan Syamera yang dia sedang berangan.Adiknya yang sorang nie bukannya boleh percaya sangat,

“Along simpan apa tadi?Nak tengok…,”Syamera dah menggoyang-goyangkan tangannya.

Syazwi menarik tangannya perlahan.

“Simpan apa?Tak ada lah.Mana ada.Ni adik masuk bilik along nie kenapa?Along tengah sibuk nie.Mengacau aje,”

Baru aje nak tilik cincin tadi.Betul ke ada nama dia dekat cincin tu?Kejap lagi kena tengok nie.

Syazwi mencapai segelas air yang elok terletak di atas meja di sisi katil.Tiba-tiba rasa haus.

“Sibuk apa long?Adik nampak Along relaks aje.Tengah baring atas katil.Sibuk apabendanya?Nie nak cakap sikit along…Kak Sumaiya tu kawan along ke?,”

Uhuk!Habis tersembur air yang tengah diminumnya.

“Along nie kenapa?Adik Cuma sebut nama kak Sumaiya aje.Girlfriend along ye?,”Syamera mengesat bajunya yang terkena tempias air yang diminum Syazwi.

Uhuk!Uhuk!Tersedak pula.Syazwi masih lagi terbatuk-batuk.

“Along…la along nie…,”Syamera bercekak pingggang.Memerhati abang kesayangannya yang tiba-tiba aje batuk.

“Ahem…,”Syazwi berdehem.Membetulkan suara.

“Along dengar tak apa yang adik tanya tadi?,”

“Adik tanya apa?,”

“Sakit hati betul cakap dengan along nie.Abang Raqwan cakap kak Sumaiya tu makwe along.Betul ke long?,”

Syazwi tersengih.Raqwan nie pandai betul buat cerita.Tu baru dekat adik dia.Kalau lah Raqwan jumpa umi dengan abi.Entah apa yang diceritanya pasal Sumaiya.Raqwan pernah cerita dekat dia dulu..Raqwan dengan Syamera ada terserempak dengan Sumaiya.Masa tu dia tengah parking kereta.

Syazwi menepuk-nepuk katil.Menyuruh adiknya duduk di situ.Syamera akur.

“Along tak nak dia jadi makwe along…,”

“Kenapa pula along?Kak Sumaiya tu lawa tau along.Kalau dia pakai tudung mesti dia lagi lawa…,”

“Ya..along tahu..,”

Syamera ketawa.

“Amboi along..kak Humaira along tak pernah puji pula ye,”Syamera bersuara separuh mengusik.

“Humaira dah tak ada dik.Buat apa cakap tentang orang yang dah tak ada.,”Syazwi mengalihkan wajah.Dia tidak suka bercakap tentang Humaira.Nama Humaira akan mengingatkannya tentang pertunangan yang pernah terjalin antara dia dan Humaira.

Paling penting,dia tidak pernah sukakan Humaira.Humaira baik…itu kata umi dan abi.Memang Humaira baik..tapi hati dia sudah ada Sumaiya.

“Sorry along..adik tak sengaja,”

“Tak apa…,”

“Along..kak Sumaiya tu…,”

“Along nak kahwin dengan dia..,”Syazwi menyampuk.

Syamera membesarkan mata.

“Serius along?Dah sembahyang istigharah?,”

Syazwi mengangguk.

“Kenapa pilih dia along?,”Syamera sengaja bertanya.Senyumannya meleret.

“Sebab dia istimewa…,”payah nak cari perempuan macam Sumaiya.Satu-satunya perempuan yang akan bagi dia cincin.Lepastu ajak dia kahwin.Ada lagi ke perempuan seberani Sumaiya dalam dunia ini?

Sumaiya tak merimaskan.Itu bagi dia la.Orang Lain tak tahulah pulak.

“Okey along…adik pergi sekarang,”

“Eh..nak pergi mana?,”

“Abi!!!Umi!!!Along nak nikah,”

6 comments:

  1. hehehee
    ok la
    mest sun brubh pasni
    dpt anak lebai lg

    ReplyDelete
  2. wahahahahaaa... lame tak diupdate blog nie.. rase rindu pulak kat suamyyah yang gila2...

    ReplyDelete
  3. daa lame tggu..akhirnya...best crite nie... truskan
    100 thumbs up :D

    ReplyDelete
  4. lawak la cerita ni
    berani betul sumaiyah ni

    ReplyDelete