Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Tuesday, December 14, 2010

Naim suka Nadrah

"Nad. Tepi sikit kepala besar kau. Aku tak nampak."Nadrah anjakkan kerusinya ke kiri.

"Nad. Kepala kau tu menghapus segala pandangan aku tau. Kau makan apa sampai kepala besar macam buah kelapa ni?"

Nadrah pusing ke belakang. "Apa kau cakap?"

"Aku cakap, kepala kau besar macam buah kelapa. Kenapa? Salah?"

"Dah tahu kepala aku besar macam kelapa nak jugak duduk belakang aku. Macam takde tempat lain nak duduk."mulut Nadrah dah mula membebel. Mana taknya, dari form 3 lagi mamat sorang ni suka duduk belakang dia. Kadang-kadang rasa tak selesa pun ada.

"Ikut suka aku lah. Dah aku suka duduk belakang. Mana aku tahu, yang orang duduk depan aku ada kepala besar."Nadrah pandang Naim sekilas. Budak ni memang la.. Cari pasal betul. Macam la besar sangat kepala aku ni.

"Kau ingat kepala kau kecik sangat lah?" Nadrah bersuara tak puas hati. "Kecik dari kau punya. At least."Naim menjawab.

"Dari form 3 kau duduk belakang aku, kan? Kau ni.."

"Aku apa?"

"Kau ni.. "Nadrah tiba-tiba pusing ke depan. Set latihan Add Math dicapai sebelum dibuat.

"Nad. Aku ni apa? Weh, cakap biar habis boleh tak? Nadrah. Nad."

"Naim."ada orang memanggil Naim dari belakang.

"Kau jangan kacau aku lah. Aku nak cakap dengan Nad ni."marah Naim pada orang belakangnya. Kerusi Nadrah disepak-sepak menggunakan kaki. "Nad! Kau nak cakap apa tadi."

Tiada respon dari Nadrah.

"Nad!"

"Naim!"kali ni suara yang memanggilnya makin kuat.

"Apa?"Naim jerit sama kuat sambil menoleh ke belakang.

"Eh, cikgu." Naim sengih. Macam mana tak boleh perasan suara merdu cikgu tadi. Ingatkan Fifi yang panggil dia. Fifi yang disebelah cikgu dah lepas gelak. Padan muka.

"Cikgu suruh buat apa, Naim?"

"Err.. Add Math."Naim garu kepala yang tak gatal.

"Kamu tengah buat apa tu?"

"Add Awek."perlahan Naim membalas.

"Apa Naim? Ulang sekali lagi!"suara Cikgu Siti dah makin meninggi. Ingat dia tak dengar apa yang anak muridnya cakap tadi?

"Tak ada apa apa cikgu." Naim cepat-cepat membuka buku latihan dan buku teks. Cikgu ni kacau laa.

********

"Ya Allah."Nadrah yang sedang mencari buku di dalam begnya tiba-tiba berhenti. Muka dah berubah. Habislah!

"Apasal?"Hana yang duduk kat sebelah dah menoleh.

"Aku tertinggal buku essay aku."

"Seriously? Kau cari nahas ke apa? Madam Mona tu. Bukannya Sir Hafiz yang lemah lembut tu. She is Madam Mona kau tahu?"

"Dah mana aku tahu, eh camne ni. Confirm aku kena halau keluar kelas jap lagi."Nadrah menggumam. Siapa tak kenal Madam Mona. Siapa buat hal confirm kena bersila kat koridor luar, buat homework.

"Siapa tak bawak. Bangun sekarang."lambat lambat Nadrah berdiri. Aku sorang je ke? Kau memang Nad. Buat malu je. Macam mana buku karangan yang besar tu kau boleh tertinggal?

"Get out from my class, Nadrah. Take a piece of paper and re-write all the essays that I gave to you last week. Now!"suara Madam Mona bergema. Nadrah capai test pad dan pencil case. Dia melangkah keluar.

"Who else?" Madam Mona memandang anak muridnya yang lain. Naim memerhati Nadrah yang sedang berjalan ke luar kelas lama sebelum menyimpan kembali buku essay yang dikeluarkan dari beg.

"Me, teacher." Dia berdiri.

************

"Hoi."Test pad diletak di tepi sebelum Naim duduk bersila di depan Nadrah. "Kau.. tak bawak jugak?"

"A'ah."Naim mengiakan. Pen Pilot dikeluarkan dari pencil case Converse nya. Plastik testpad dibuka. Rasa malas lah pulak nak buat essay ni. Kalau ikutkan hati nak je dia hantar buku essay yang ada dalam beg tu. Tapi demi Nadrah Nordin, dilupakan hajat yang bertakhta di hati. Bukan selalu dapat berdua-duaan dengan Nadrah ni.

"Tapi tadi bukan... kau baru buat essay ke?"Nadrah pandang Naim pelik. Seingat dia baru tadi dia nampak Naim buat keluar buku essay.

"Err. Tu buku karangan lah. Karangan BM."uish. Nak menipu tak jadi.

"Yeke?"Nadrah bertanya sekali lagi.

"Ye lah."Naim mengangguk. Kemudian masing-masing senyap. Nadrah tekun membuat essay. Dia nak masuk kelas cepat-cepat. Mana nak sorok muka kalau budak kelas lain nampak dia duduk bersila kat luar ni. Dia ni bukan biasa kena denda macam ni. Naim tu lain. Dia ada kulit badak. Tak tahu malu.

"Nad."Naim seru nama Nadrah setelah lama mereka berdiam diri.

"Hmm."Nadrah masih menulis.

"Nak main teka teki tak?"

"Kalau aku cakap aku taknak main?"dia menulis makin laju.

"Kau kena main jugak."

"Dah tu apa pilihan yang aku ada."keluh Nadrah. "Cakaplah apa teka teki kau tu."Naim senyum.

"Ok.. Tapi kau kena bersedia awal-awal. Sebab teka-teki ni mencabar minda."

"Aku dah sedia. Cakap je lah."

"Negara apa yang banjir dulu baru hujan?"Naim mengangkat kening. Nadrah dipandang. Tak tahu la tu.

"Bahrain lah kan? Iye lah Bah tu banjir and rain tu hujan. So, jawapan dia Bahrain la."Naim terdiam.

"Itu ke teka teki yang kau kata mencabar minda sangat tu?"Naim ketap bibir. Geram.

"Aku tak sempat nak berfikir pun dah tahu jawapan dia, punyalah kacang teka teki yang kau kasi tu. Budak 3 tahun boleh jawab."sambung Nadrah lagi.

"Biar aku pulak bagi teka teki."nafas ditarik sebelum dilepaskan perlahan. "Apa yang ada di antara langit dan bumi?"

"Udara."Nadrah menggeleng.

"Pokok?"

"Salah."

"Awan?"

"Tak."

"Bangunan."

"Cuba lagi."

"Manusia." Geleng.

"Haiwan? Bunga? Kapal terbang?"

"Cuba dengar betul-betul soalan aku. Apa yang ada antara langit dan bumi?"

"Madam Mona."

"Apa pulak Madam Mona ada di antara langit dan bumi nya? Kau ni.. kot ye pun tak tahu cuba lah kasi jawapan yang logic sikit. Ini tidak. Madam Mona?"Nadrah ketawa lagi.

"Jadi jawapan dia apa, Nadrah?"suara dari belakang bertanya.

"Jawapan dia.. 'dan' lah. Itu pun tak boleh fikir. Kan aku cakap apa yang ada di antara langit dan bumi. Mestilah dan. Apa lah.."ketawa masih tak berhenti. Tapi cuma seketika apabila dia melihat wajah Naim berubah. Langsung tak beriak.

Nadrah jadi tak sedap hati. Dia menoleh ke belakang. Madam Mona!

"Oh, I see. So the answer is 'dan'. Okay. Let me give both of you a question."Naim dan Nadrah masing-masing sudah telan liur.

"What will Madam Mona do if her beloved students did not listen to her order?"

"Err she will get mad?"Nadrah menjawab lambat-lambat.

"Correct. But not a great one."

"She will turn into a big and furious and giant and scary and loud lioness."kali ni Naim menjawab. Nadrah dah membeliakkan biji mata. Mamat ni tempah maut ke apa? Berani dia jawab macam tu kat Madam Mona?

"Great answer, Naim."Madam Mona masih tersenyum. "So, why both of you didn't listen to me? What did I asked you to do just now?"jerkah Madam Mona kuat. Rakan-rakan yang berada di dalam kelas sudah mula mengintai-ngintai. Budak-budak kelas sebelah juga turut sama keluar untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Follow me now!"sekali lagi suara Madam Mona bergema.

*****

"Kau la ni. Tak pasal-pasal aku kena buat kerja ni."Nadrah menyalahkan Naim. Dia sibuk meniup habuk yang tebal menutupi buku itu. Madam Mona pun satu, nak denda pun kasi lah denda yang senang-senang sikit. Ini tidak, disuruhnya kitorang kemas library. Ingat library tu sebesar tandas? Mentang-mentang dia tu cikgu yang jaga library ikut suka dia je nak mengambil kesempatan. Rungut Nadrah.

"Kau pun satu. Patutnya bila aku sebut Madam Mona hari tu, kau senyap sudah lah. Ini tidak. Kau pergi gelak-gelak lagi. Itu yang Madam Mona marah sangat."Naim membela diri. Dia meletakkan buku-buku tebal yang dipegangnya mengikut label warna.

"Dah mana aku tahu. Patutnya kau bagi lah hint kat aku. Mujur aku sedar jugak tau. Buatnya aku pergi kutuk-kutuk Madam Mona tadi macam mana? Lagi teruk kita kena."

"Aku ingatkan kau faham isyarat mata aku tadi."

"Heh. Sejak bila pulak aku pandai baca isyarat mata orang ni.."Dia menjingkit sedikit untuk meletakkan buku di atas rak. Maklumlah, ketinggian tak cukup.

"Sebab kau lah aku tak dapat balik rumah terus hari ni tau. Melepas aku nak tengok telenovela favourite aku tu."Nadrah masih tak habis-habis menyalahkan Naim.

"Dah la episode akan datang dia best. Hero selamatkan heroin jatuh sungai. Eeeish. Semua kau punya pasal."bebel Nadrah lagi. Dia betul-betul tak puas hati.

"Eh, kau dengar tak aku cakap apa ni?"ujar Nadrah setelah semua bebelan dia tak mendapat sahutan Naim. Nadrah meletakkan buku yang dipegangnya. Dia menjenguk ke rak sebelah. Dilihat Naim sedang asyik membaca majalah.

"Kau baca apa tu?"Nadrah sudah berjalan mendekati Naim. Naim cepat-cepat menyorokkan majalah Remaja itu di belakangnya.

"Tak de apa-apa."

"Tipu.."makin kau cakap takde apa-apa makin semangat aku nak tahu apa tu.

"Bak sini. Aku nak tengok."tangan dihulur pada Naim.

"Mana ada apa-apa lah."

"Kau baca apa tadi."tangan Nadrah lebih pantas menarik majalah Remaja di belakang Naim.

"Weh, Nad!"jerit Naim. Nadrah memerhati tajuk artikel di dalam majalah itu.

"Cara-cara memikat hati perempuan?"Nadrah gelak kuat.

"Kau nak pikat hati siapa ni?"gelak lagi.

"Bagi sini lah buku tu."Naim menarik sebahagian daripada majalah itu. Nadrah memegang yang selebihnya. Mereka saling tarik menarik.

"Lepaslah Nad."

"Kalau boleh ambik, ambiklah."cabar Nadrah. Nadrah semakin menambah kekuatan tarikan. Kau ingat kau boleh dapat buku ni, Naim? Eh, ni Nadrah lah. Juara pertandingan tarik tali peringkat sekolah kategori perempuan.

Naim pula menarik buku itu dengan lebih kuat. Kalau kau juara pertandingan tarik tali peringkat sekolah kategori perempuan, aku juara pertandingan tarik tali peringkat sekolah kategori lelaki. Berani lawan?

"SCRATCH."bunyi kertas koyak itu membuatkan Naim dengan Nadrah sekali lagi pucat. Tolonglah, jangan buat hal lagi.

"Bunyi apa tu?"soal Madam Mona yang tiba-tiba masuk ke dalam perpustakaan. Naim dan Nadrah masing-masing menyembunyikan keratan majalah di belakang badan.

"Err, saya batuk Madam."Naim menjawab. Nadrah berkerut. Fikir la yang logic sikit, Naim. Ini tidak.

"Kenapa awak batuk bunyi macam kertas koyak?" Naim telan liur.

"Saya ada resdung teruk. Tu la bunyi macam kertas koyak tu."

Eh, bukan resdung berkait dengan hidung ke? Apa kena mengena dengan batuk nya? Ah, bantai je Naim.

"Ok. Kalau saya tahu awak berdua ada koyakkan majalah Remaja saya kepada dua. Siaplah."Naim dengan Nadrah saling berpandangan.

***********

"Seperti biasa, sebelum ustaz mulakan kelas kita pada hari ni, ustaz akan menyampaikan sebuah tazkirah. Diharap tazkirah pada pagi Jumaat ni mampu membuatkan syaitan-syaitan yang bergayut kat mata kamu semua tu lari."ujar Ustaz Zaki selepas anak muridnya memberi salam dan membaca doa.

"Tajuk tazkirah kita pada hari ni Menjaga Pandangan Mata."Naim yang sedang minum air tiba-tiba tersedak. Dia terbatuk-batuk. Satu kelas menumpukan perhatian kepadanya. Masing-masing memandangnya pelik.

"Em.. Takde apa-apa Ustaz. Teruskan."Dia mengurut-ngurut tekaknya. Botol air ditutup sebelum diletakkan kembali di penjuru meja. Macam mana boleh tersedak ni. Takkan terasa kot dengan tajuk tazkirah tu.

"Lelaki yang baik akan berjalan di depan perempuan."Ustaz zaki memulakan tazkirah.

"Eh, apa nya Ustaz. Tak caring lah lelaki jalan depan perempuan. Patutnya, lelaki kena jalan belakang perempuan. Mana tahu tiba-tiba perempuan tu jatuh ke, kena culik ke. Kalau lelaki jalan depan perempuan mana dia tahu."lancang mulut Ika menjawab. Ada yang terangguk-angguk. Mengiakan pendapat Ika.

"Ini bukan soal caring atau tak Zulaikha. Ini soal menjaga pandangan mata."tegas Ustaz Zaki. Kelas menjadi sepi semula.

"Kalau lelaki berjalan belakang perempuan, kemungkinan dia akan terlihat aurat perempuan tu. Contohnya jika kain perempuan tu terselak tiba-tiba. Tapi kalau dia berjalan di depan perempuan, Insyaallah pandangan mata dia terjaga."Ustaz Zaki menyambung tazkirahnya. Ada yang melopongkan mulut. Tanda baru tahu. Ada juga yang dengar acuh-tak acuh konon mereka dah lama tahu.

"Sebab itu lah… Dalam kelas, lelaki digalakkan duduk depan perempuan duduk belakang."kali ni pandangan mata Ustaz Zaki jatuh pada Naim yang duduk bersendirian. Hari ni Afiq rakan di sebelahnya tak datang.

"Apasal semua orang pandang sini?"Naim bertanya buat-buat tak tahu. Padahal dia sedar yang dalam kelas ni cuma mereka dia dengan Afiq je budak lelaki yang duduk belakang. Budak lelaki lain semua duduk depan. Sebenarnya Afiq taknak. Tetapi, 3 tahun berturut-turut dia memaksa. Last-last Afiq mengalah.

"Kau tak terasa ke?"Hakim yang duduk di tepi pintu bertanya kuat. Naim menggelengkan kepala. Keningnya diangkat.

"Kenapa pulak aku nak terasa. Aku ada buat salah ke?"Nadrah sudah menggelengkan kepala mendengar jawapan itu. Kan dia sudah cakap, Naim ni memang ada kulit badak.

"Ok. Itu je untuk hari ni. Ada apa-apa soalan?"Ustaz Zaki diam seketika. Memerhati anak muridnya.

"Baik. Kita teruskan dengan sesi ulangkaji kita."Ustaz Zaki menamatkan tazkirah.

*******

"Eh. Korang duduk belakang aku? Sejak bila?"tegur Nadrah pada Faiza awal pagi itu. Dia meletakkan beg di atas kerusi sebelum kembali memandang Faiza.

"Sejak semalam. Itu lah kau. Ponteng lagi."balas Faiza sambil mengeluarkan bekas pensel dari beg nya.

"Bukan ponteng lah. Aku demam."Nadrah menjawab sambil sengih.

"Cikgu ubah tempat ke?"tanyanya lagi.

"Ada pulak cikgu ubah tempat. Si Naim tu. Entah buang tabiat apa, tiba-tiba semalam dia ajak kitorang tukar tempat."Faiza membalas. Sebelum ni, dia dengan Athira duduk depan Nadrah dengan Hana.

"Kau tahu bila aku tanya dia sebab apa nak tukar tempat tiba-tiba dia jawab apa?"

"Dia jawab apa?"soal Nadrah ingin tahu.

"Dia jawab… Aku nak jadi lelaki baik. Gelak besar aku dengan Thira semalam dengar jawapan dia tu."

Ni mesti ada kaitan dengan tazkirah Ustaz Zaki hari tu. Bagus jugak dia pindah tempat duduk. Aman sikit dunia. Lepas ni tak ada lah dia kena alihkan kerusi ke kiri ke kanan lagi.

"Dah mana dia dengan Afiq nya?"

"Kan ada match bola dengan sekolah sebelah hari ni. Lupa ke?"

********

"Kau dapat partner dengan siapa?"Naim bertanya pada Umar yang kebetulan lalu di sebelahnya. Umar berhenti. Dia menunjukkan kertas putih kecil yang ditulis dengan pen hitam itu. Nadrah. Nama itu membuatkan Naim jadi tak senang duduk.

"Kita tukar partner nak?"soal Naim sambil angkat-angkat kening. Hari ini Puan Latifah buat permainan. Satu kumpulan, dua orang. Sorang lelaki sorang perempuan. Untuk lebih adil, setiap orang akan cabut undi nak tentukan pasangan masing-masing. Dan malangnya, partner dia bukannya Nadrah.

"Kau dapat siapa?"Umar pula bertanya.

"Sarah."

"Oh tidak. Tidak bro. Kau macam tak tahu telinga Sarah tu tergolong dalam koleksi telinga-telinga yang sudah habis tarikh luput. Kau nak suruh aku kena denda?"Umar menggeleng-gelengkan kepala.

Permainan diorang hari ni, semua budak lelaki kena berdiri depan kelas, lepastu jerit ramai-ramai satu rangkap pantun dua kerat yang direka sendiri dan partner diorang pulak berdiri belakang kelas, dengar pantun apa yang budak lelaki cakap. Dan ulang balik bila cikgu tanya nanti. Siapa salah kena denda. Takkan dia sanggup nak switch partner dengan Naim kot. Mau kalah nanti.

"Alah boleh la bro."

"Dengan satu syarat."

"Apa?"

"Kasi nombor phone cousin kau kat aku."Umar sengih. Sejak dia bertandang rumah Naim raya tahun lepas, dia memang dah jatuh hati dengan sepupu Naim, Natrah. Tapi nak buat macam mana, sepupu Natrah tu sombong tak bertempat. Naim pun ikut sama kunci mulut bila dia tanya apa-apa pasal Natrah.

"Okay. Okay. Aku kasi."Naim mengalah. Kalau tahu dek Natrah, mahu dikejar dengan penyapu lidi ni.

"Janji?"Ish. Apa janji-janji ni. Untung aje si Umar ni tak hulur jari kelingking kat aku. Kalau tak, geli lah wei. Lelaki nak main taut-taut jari kelingking ni.

"Janji."kertas putih itu diserahkan Umar pada Naim. Naim senyum sampai ke telinga. Dia sudah mula merencana pantun yang akan dijerit.

********

Naim memilih tempat di tepi sekali. Dia memandang Nadrah yang berdiri setentang dengannya. Cikgu Latifah menerangkan syarat permainan sekali lagi. Tadi, dia dah jumpa dengan Nadrah. Kononnya, Nadrah tu lah partner dia. Rahsia yang dia tukar partner awal-awal lagi dia sudah suruh Umar simpan rahsia.

"Okay. Cikgu kira satu dua tiga kamu semua jerit pantun dua kerat masing-masing."ujar Puan Latifah. "Satu.. Dua..Tiga."

"Buat kopi kena kaw, Aku suka kau."Naim menjerit sekuat hati. Dia dapat lihat riak muka Nadrah berubah. Dia senyum tiba-tiba.

"Kau cakap apa?"Irfan yang berdiri di sebelah Naim bertanya.

"Ha?"Naim mengerutkan dahi. Kuat sangat ke aku cakap tadi? Eh,tapi orang lain pun jerit kuat-kuat jugak. Bukan dia sorang. Ke Irfan ni dengar apa aku cakap tadi? Dia kan berdiri sebelah aku.

"Kau cakap apa dekat Nadrah tadi?"Naim dah terdiam. Tak tahu nak cakap apa.

"Kau cakap aku suka kau kat Nad kan?"Irfan terus memprovok Naim.

"Err. Mana ada."

"Dah tu? Kau cakap apa?"

"Aku.. aku.. aku.."

"Kau cakap apa?"

"Err.. Aku cakap… Aku cakap.. hutan paya bakau lah."Naim tiba-tiba mendapat idea.

"Kenapa tiba-tiba hutan paya bakau nya?"soal Irfan lagi.

"Ikut suka aku lah. Pantun aku."tegas Naim membuatkan Irfan tak bertanya lagi.

*****

"Jadi Nadrah, apa yang Naim cakap?"soal Puan Latifah. Semua memandang ke arahnya. Termasuk Naim.

"Dia cakap.. dia cakap.."Nadrah berhenti semula. Sebelum menarik nafas. Naim dah pucat lesi. Takkan dia nak cakap apa yang aku cakap tadi kat cikgu kot. Kau jangan buat gila, Nadrah. Malu aku nanti.

"Dia cakap, buat kopi kena kaw."Nadrah berhenti lagi. Dia memandang wajah Naim sebelum menyambung,

"Aku suka.."Naim sudah jatuh rahang. Sanggup kau malukan aku, Nad.

"Aku suka budak Macau."Pandangan Naim kembali memandang Nadrah. Dia memang tak dengar ke buat-buat tak dengar ke saja nak tolong aku?

"Aku suka budak Macau? Bukan tadi kau cakap kau buat hutan paya.."Irfan yang ingin menyampuk senyap tiba-tiba bila Naim yang berdiri di sebelahnya menyiku perutnya kuat.

"Betul Naim apa yang Nadrah cakap tadi?"Puan Latifah bertanya.

Naim mengangguk. "Betul, cikgu." Cikgu Latifah kembali menyoal budak-budak yang lain.

******

"Kau betul-betul tak dengar aku cakap apa tadi?"Naim bertanya Nadrah ketika masing-masing sibuk menuju ke pintu pagar sekolah sewaktu balik.

"Kau cakap, Aku suka budak Macau lah kan?"

"Ye lah. Maksud aku, kau tak dengar benda lain?"Nadrah hanya menjungkitkan bahu. Tanda dia betul-betul tidak dengar apa-apa selain pantun budak Macau tu.

"By the way Naim."Nadrah berhenti berjalan. Naim yang berjalan sedikit hadapan daripadanya berpaling.

"Apa?"

"SPM next month. Sebulan je lagi. Kau tak payah la nak fikir pasal budak Macau tu. Focus. Ni big exam kita."pesan Nadrah sebelum berlalu pulang. Naim tidak bergerak dari tempatnya. Dia dengar ke tak ni?

******

Nadrah baring atas katil dalam biliknya. Buat kopi kena kaw, aku suka kau? Diulang-ulang pantun dua kerat itu. Apa ni Naim. Aku suka kau?

Nadrah bangun. Dia membuka laci. Keratan majalah remaja itu dipandang. Sehari lepas peristiwa dia dengan Naim mengoyakkan majalah itu mereka masing-masing pergi 'menyerah diri' pada Madam Mona. Mana boleh tak mengaku, nak exam nanti tak berkat, susah.

"Cara-cara memi.."Nadrah membaca tajuk artikel yang sudah terkoyak dua itu. Matanya kemudian membaca isi artikel itu.

1. Cara cara paling romantic untuk meluahkan perasaan.

- Anda perlu tahu apa yang disukai si dia. Pilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberitahu perasaan sebenar anda. Jika mampu, anda cuba rancang cara yang langsung tidak difikirkan oleh orang lain. Dengan itu, si dia akan lebih terharu dan luahan perasaan anda akan diterima. Kemudian…

Nadrah sudah meletakkan keratan majalah itu di atas meja. Hish. Apalah Naim ni. Baca majalah-majalah macam ni. Dia yang baru baca sikit pun dah geli geleman.

"Dia suka aku?"soal Nadrah pada diri sendiri. Lama dia berkeadaan seperti itu sebelum dia mengukir senyum. Perlahan-lahan. Diari yang ada dalam laci dibuka.

"Dear diary,"mata penanya mula menari di atas diari itu.

*******

"Boleh la mak. Ini urusan hidup dengan mati Naim mak."rayu Naim lagi pada ibunya yang sedang duduk. Dia menarik-narik tangan ibunya.

"SPM baru habis semalam, Naim. Semalam."tegas Puan Rubiah lagi. Anak lelakinya itu dijeling.

"Sebab dah habis lah Naim berani suruh mak buat macam tu. Bukan kahwin lagi mak. Baru bertunang."

"Kenapa kamu gatal sangat ni?"marah Puan Rubiah lagi.

"Mak.. Biar Naim dengan Nadrah bertunang dulu. Lepas habis belajar nanti baru kitorang kahwin. Ok?"

"Mak malu tau dengan Mak Nadrah tu. Mesti dia kata anak mak ni gelojoh. Umur 17 dah nak bertunang."Puan Rubiah mengucap panjang. Naim terdiam. Betul jugak.

"Dah kalau lambat-lambat entah-entah orang lain dulu yang bertunang dengan Nadrah. Naim tak nak, mak."Tangan mak nya dipegang lagi.

"Kalau dia suka kamu, dia takkan bertunang dengan orang lain."

"Sebab tu lah Naim suruh mak pergi sarung cincin tunang cepat-cepat. Sebab, Naim tak tahu dia suka Naim ke tak."

"Dah kamu sorang je suka dia?"

"Tak.. Cuma Naim tak tahu dia suka Naim ke tak."

"Kenapa tak tanya?"

"Malu."Naim tersipu-sipu.

"Dah nak bertunang awal-awal ni tak malu pulak."

"Ala mak, boleh la.."

"Tak boleh."

"Mak.."

"Tak boleh."

"Maaaakkkkkk."

"Lepas keluar U, baru boleh."

"Lambat lagi tu mak. Lagi berapa tahun tu."

"Lepas keluar U jugak. Kalau tak, lupakan."

"Kalau lepas dapat result?"

"Ok. Kalau macam tu kita tangguh hingga lepas dapat kerja."

"Mak.."

"Tak boleh. Tetap tak boleh."

"Kalau macam tu, lepas keluar U, terus kahwin."mata Puan Rubiah membuntang. Sabar je lah aku dapat anak gatal macam ni.

"Ok. Ok. Bertunang sehari pastu kahwin."ujar Naim cepat-cepat setelah melihat mata mak nya yang meliar. Tunggu aku kejap tau, Nadrah. Lepas U nanti kita kahwin.

*******

+ Buat apa?

- Makan.

+ Makan apa?

- Roti.

+ Kenyang ke?

- Kenyang.

+ Kenapa tk makan nasi?

- I tgh diet. :D

+ Tk payah diet. Dah cantik dah.

- Ala, kalau u tk puji pun I dah tahu. :>

+ I nak pegi cari sink kejap.

- Buat ape?

+ Nak muntah. ;p

- Kejam. :(


"Eee, papa dengan mama mengada."sampuk Nazira yang berusia 8 tahun. Dia turut mendekati laptop papanya.

"Kenapa pulak?"Naim memandang anaknya yang memeluk teddy bear tu.

"Mama ada kat ruang tamu kat bawah je. Tu pun nak chat skype jugak."Nazira mencebik.

"Ikut suka papa la sayang."Naim menarik hidung anaknya. "Dah pergi main jauh-jauh."halau Naim lembut.

"Papa jahat, kan Tomok. Halau kita sebab nak chat dengan mama."ujar Nazira sambil mencium-cium teddy bear yang dipanggil Tomok itu. Dia berlalu keluar.

- Tak habis lagi muntah? -.-

+ Anak kita kacau la, Nad. Jeles tengok kita chat.

- Dah u halau dia?

+ Yeap.

- Patut la dia dtg dekat I pulak.

+ Yeke? Nasib u lah.

- I love you.

+Eh? Tiba-tiba je, tkpe syg I love you too.

- Nazira tulis tu. Bukan I. Apalah anak kita tu kn. Kecik-kecik dah pandai. ;p

"Mama tipu, papa!"suara Nazira menjerit dari bawah kedengaran. Naim senyum. Nadrah pula berusaha menutup mulut anaknya.

21 comments:

  1. sgt cumilll citer ni.. mekasih kerna menghiburkan! :)

    ReplyDelete
  2. haha..teringat zaman sekolah ;)
    dah la librarian.. sengih3 je memanjang baca ni..

    ReplyDelete
  3. ohh so naim ni pendek lah yea? hihihi.
    ehhhh menjaga pandangan mata? woahhh :O i loikee

    lsy

    ReplyDelete
  4. hahaha.. dah dpt anak rupanya.. wahh comei2..

    ReplyDelete
  5. suke crite nih!!sempoi abisss....

    sufi (",)

    ReplyDelete
  6. Ending sweet . hehe

    ReplyDelete
  7. hoho . ending dia ... comel .

    -sya-

    ReplyDelete
  8. Feeling gila baca cerpen ni. Seriously, sbb ada nama 'Nadrah'. Hehehe. Rasanya ni kali ke-932864936 ulang balik baca. Thumbs up!

    ReplyDelete